16 Februari 2024 - Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas dan Sesi ‘Clock Out’ YBrs. Dr. Sirajuddin bin Hashim, Pengarah Kesihatan Negeri kepada YBrs. Dr. Feisul Idzwan bin Mustapha, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) telah diadakan di Dataran D’Mesra, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak.
Tanggal 19 Februari 2024 merupakan hari terakhir YBrs. Dr. Sirajuddin bin Hashim, Pengarah Kesihatan Negeri bertugas sebagai Pengarah Kesihatan Negeri, JKN Perak. Beliau telah berkhidmat selama 34 tahun dan 6 bulan sebagai penjawat awam dan selama 1 tahun 7 bulan sebagai Pengarah Kesihatan Negeri.
Dalam ucaptamanya, YBrs. Dr. Sirajuddin bin Hashim mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga JKN Perak, Pengurusan Tertinggi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak di atas kerjasama dan sokongan baik sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Pengarah Kesihatan Negeri.
Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Pengarah-Pengarah Hospital, Pegawai-Pegawai Kesihatan Daerah, Pegawai-Pegawai Kesihatan Pergigian Daerah, Ketua-Ketua Unit dan warga JKN Perak.
Seluruh kepimpinan dan warga JKN Perak mengucapkan terima kasih dan Selamat Menikmati Alam Persaraan kepada YBrs. Dr. Sirajuddin bin Hashim.


