my en |         |  

preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Profil Bahagian Kesihatan Pergigian

Profil Bahagian Kesihatan Pergigian

Pengenalan

Bahagian Kesihatan Pergigian (BKP), Jabatan Kesihatan Negeri Perak diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) yang bertanggungjawab kepada Pengarah Kesihatan Negeri Perak. Bahagian ini mempunyai tiga seksyen utama dalam perkhidmatan kesihatan pergigian iaitu:

  • Seksyen Pengurusan Strategik Kesihatan Pergigian

Merangkumi unit pembangunan dan perkembangan fasiliti & kaji selidik, serta unit perkembangan profesion, teknologi & pengurusan maklumat kesihatan.

  • Seksyen Penjagaan Kesihatan Pergigian

Merangkumi unit penjagaan kesihatan pergigian primer dan kepakaran serta unit pergigian masyarakat dan promosi kesihatan pergigian.

  • Seksyen Amalan & Perkembangan Kesihatan Pergigian

Merangkumi unit amalan kesihatan pergigian professional dan auksilari, unit kualiti kesihatan pergigian dan unit penguatkuasaan kesihatan pergigian.

Bahagian ini juga dikendalikan oleh Unit Pengurusan Kesihatan Pergigian yang merupakan unit sokongan dalam pengurusan pentadbiran dan pengurusan kewangan.

Pengurusan Pentadbiran: Menyediakan surat menyurat rasmi bahagian, data pergerakan anggota dan hal-hal berkaitan sumber manusia.

Pengurusan Kewangan: Menyediakan data perbelanjaan mengurus aktiviti kesihatan pergigian dan nota minta untuk kelulusan TPKN (G) dan Pengarah Kesihatan, menguruskan tuntutan perjalanan anggota pergigian serta elaun-elaun berkaitan serta menyelaraskan pinjaman kewangan anggota.

Terdapat 10 buah Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah (PKPD) yang diketuai oleh Pegawai Pergigian Daerah untuk menguruskan pentadbiran di daerah.

Objektif

Meningkatkan status kesihatan mulut penduduk di Negeri Perak Darul Ridzuan kepada tahap yang optima melalui penyampaian perkhidmatan penggalakan (promosi), pencegahan, perawatan dan pemulihan melibatkan fasiliti primer dan kepakaran. 

Senarai Perkhidmatan

Memberi perkhidmatan pergigian asas (Primer) kepada semua lapisan masyarakat termasuk:

  1. Aktiviti promosi dan pendidikan kesihatan pergigian sama ada secara bersemuka di sekolah atau komuniti dan melalui dalam talian atau media sosial seperti Facebook Page rasmi BKP Negeri Perak (https://www.facebook.com/BKPPerak)
  2. Analisa kesihatan pergigian merangkumi pemeriksaan pergigian dan perkhidmatan x-ray pergigian 
  3. Rawatan pencegahan klinikal seperti sealan fisur, sapuan fluoride dan PPR 
  4. Rawatan asas yang disediakan adalah: tampalan, penskaleran, pembuatan gigi palsu dan cabutan
  5. Rawatan asas separa kompleks yang disediakan adalah: rawatan salur akar/endodontik dan pembedahan kecil 

Bagi kes kompleks yang memerlukan rawatan lanjut, pesakit akan dirujuk untuk mendapatkan perkhidmatan kepakaran pergigian bagi khidmat perundingan dan rawatan klinikal. Antara bidang kepakaran yang terdapat di negeri Perak ialah:

  1. Kepakaran Bedah Mulut dan Maksilofasial
    • Merawat penyakit serta kecederaan yang melibatkan bahagian mulut, rahang, muka, leher, kepala dan struktur-struktur yang berkaitan
  2. Kepakaran Pediatrik Pergigian
    • Meliputi prosedur diagnostik dan teraputik serta pembedahan mulut untuk pesakit yang berumur 16 tahun dan ke bawah dengan keutamaan kepada kanak-kanak keperluan khas, mempunyai masalah perubatan, serta kanak-kanak yang sukar memberikan kerjasama ketika menerima rawatan di klinik pergigian primer.
  3. Kepakaran Patologi dan Perubatan Mulut
    • Mengenalpasti dan mengurus penyakit-penyakit yang menjejaskan bahagian mulut dan maksilofasial
  4. Kepakaran Ortodontik
    • Pengurusan rawatan gigi yang tidak teratur dengan penggunaan aplians (aplians boleh tanggal atau aplians tetap). 
    • Perkhidmatan ortodontik disediakan untuk murid sekolah di bawah 18 tahun dan pesakit yang memerlukan penjagaan multidisplinari seperti pesakit dengan kecacatan kraniofasial atau hypodontia
  5. Kepakaran Periodontik
    • Menjalankan aktiviti pencegahan, diagnosis dan rawatan penyakit yang berkaitan dengan tisu penyokong gigi iaitu gusi, tulang alveolus, ligamen peridontium dan simentum
  6. Kepakaran Restoratif
    • Merangkumi prosedur konservatif lanjut termasuk rawatan salur akar/endodontik kompleks, prostodontik (pembuatan gigi palsu kekal seperti korona (crown), jambatan (bridge), onlay, inlay dan veneer serta prostesis boleh tanggal seperti dentur, obturator dan prostesis maksilofasial) serta rawatan implan pergigian. 

Selain itu, perkhidmatan kesihatan pergigian juga meliputi dan rawatan pencegahan klinikal bagi meningkatkan taraf kesihatan mulut individu dan masyarakat.

Carta Organisasi Bahagian Kesihatan Pergigian

googlemap1

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
Jalan Koo Chong Kong
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-245 6000
   jknperak@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

020139
Hari Ini: 94
Keseluruhan: 20,139

Tarikh Kemaskini

  • Kemaskini - 24 Februari 2024 -

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN