my en |         |  

preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Sejarah Jabatan

bangunankolonial

History JKN

Pejabat Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak adalah merupakan Ibu Pejabat kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perak Darul Ridzuan yang terletak di Jalan Koo Chong Kong, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Pada asalnya ia merupakan sebuah rumah besar (mansion) yang dimiliki oleh Ahli Perniagaan Cina, Keluarga Foo yang dibina pada tahun 1910.
 
Pada awal 1938 (semasa penjajahan British) Kerajaan British telah mengambil alih bangunan ini untuk dijadikan sebuah Klinik Doktor bagi masyarakat Eropah di kawasan Ipoh. Kemudian ianya telah dijadikan Pejabat "Sanitary Board" (Lembaga Kebersihan) bagi Daerah Kinta sehingga era "Pendudukan Jepun".

Pada September 1945 Pentadbiran Ketenteraan British (British Military Administration-B.M.A) telah mula berfungsi. Pejabat Pengarah Perubatan dan Kesihatan pada ketika itu berpusat di Taiping. Apabila Pentadbiran Awam (Civil Administration) mula berfungsi pada 1 April 1946 bangunan ini dijadikan Pejabat Pengarah Perubatan dan Kesihatan Negeri. Pengarah Pertama adalah Dr. E.A Struthers yang berkhidmat mulai 9 Mei 1946 sehingga 18 Mac 1947.
 
 
 
 
 
 

googlemap1

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
Jalan Koo Chong Kong
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-245 6000
   jknperak@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

020148
Hari Ini: 103
Keseluruhan: 20,148

Tarikh Kemaskini

  • Kemaskini - 24 Februari 2024 -

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN