TERAS PIAGAM
Piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Jabatan Kesihatan Negeri Perak.
| 1. | KEMUDAHAN UNTUK PELANGGAN |
| 1.1 | Setiap pelanggan boleh mendapat perkhidmatan yang sewajarnya daripada Jabatan ini tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosial-ekonomi. |
| 1.2 | Setiap pelanggan yang ditakrifkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan diberi perkhidmatan dengan segera. |
| 2. | TARAF PERKHIDMATAN |
| 2.2 | Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional. |
| 2.3 | Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna. |
| 3. | MAKLUMAT PERKHIDMATAN |
| 3.1 | Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan yang diberikan kepadanya. |
| 3.2 | Setiap pelanggan boleh mendapat laporan mengenai perkhidmatan yang diterimanya secepat mungkin setelah membuat permohonan mengikut peraturan yang ditetapkan. |
| 4. | PENDIDIKAN KESIHATAN |
| 4.1 | Setiap pelanggan akan diberikan maklumat mengenai aspek-aspek penting dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit. |
KEWAJIPAN PELANGGAN
| Untuk membolehkan Jabatan Kesihatan Negeri Perak melaksanakan Piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk : | |
| i. | Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan |
| ii. | Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan |
| iii. | Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab. |


