my en |         |  

preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Penyerahan Projek HSI dan Blok Tambahan HSM

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBINAAN HOSPITAL SERI ISKANDAR DAN PROJEK PEMBINAAN BLOK TAMBAHAN HOSPITAL SERI MANJUNG
SERI ISKANDAR
 Majlis Penyerahan Projek
21 November 2024 - Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menyerahkan dua (2) buah projek fasiliti kesihatan iaitu Blok Baharu Hospital Seri Manjung dan Hospital Seri Iskandar kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini. Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan dan YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya.
Penyerahan projek pertama iaitu Hospital Seri Iskandar yang dibina oleh Kayangan Kemas Sdn. Bhd. selaku kontraktor utama di atas tanah seluas 18.9 ekar dengan kos RM147.82 juta. Hospital ini akan mengambil alih fungsi Hospital Changkat Melintang sebagai non-lead hospital, sekaligus memperkukuh perkhidmatan kesihatan di Daerah Perak Tengah dan kawasan sekitarnya. Hospital ini berkongsi kepakaran dalam sebuah kluster yang diterajui Hospital Seri Manjung sebagai lead hospital manakala operasi Hospital Changkat Melintang akan kekal sebagai ‘stepdown’ hospital. Selain daripada pakar perubatan residen, Hospital Seri Iskandar juga akan menawarkan perkhidmatan pakar melalui lawatan secara berkala oleh pakar-pakar perubatan daripada lead hospital. Pendekatan ini dijangka dapat memanfaatkan sepenuhnya fasiliti baharu tersebut, dan sekaligus turut mengurangkan kesesakan di lead hospital lain kerana pesakit tidak lagi perlu dirujuk kepada pakar perubatan di sana.
Penyerahan projek kedua pula ialah blok tambahan Hospital Seri Manjung ini menelan belanja sebanyak RM75 juta dan telah siap sepenuhnya pada 27 Ogos 2024. Dengan Kamalbina Sdn. Bhd. selaku kontraktor utama, projek ini melibatkan dua (2) bangunan baharu iaitu sebuah bangunan 4 tingkat dengan pelbagai fasiliti dan 1 bangunan setingkat menempatkan wad psikiatri dan dijadualkan bakal beroperasi pada 13 Januari 2025.
Blok tambahan 4 tingkat tersebut menyediakan klinik pakar dengan 22 bilik konsultasi dan pemeriksaan (CE) untuk perkhidmatan kepakaran (ENT), bedah mulut maksilofasial dan pergigian pediatrik. Ini dijangka dapat mengurangkan rujukan pesakit ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Hospital Teluk Intan dan Hospital Bahagia Ulu Kinta bagi pesakit psikiatri.
Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Ir. Abu Bakar bin Abd Aziz, Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, YBhg. Datin Paduka Roslinah binti Md Jani, Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan dan Dato Dr. Nor Fariza Binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal KKM. Selain itu hadir bersama YBrs. Dr. Feisul Idzwan bin Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri Perak dan YBrs. Ir. Hj. Zamri bin Mat Kasim, Pengarah JKR Perak.
 

googlemap1

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
Jalan Koo Chong Kong
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-245 6000
   jknperak@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Tentang Kami

Image

Jumlah Pelawat

267988
Hari Ini: 462
Jumlah: 267,988

Tarikh Kemaskini

  • Kemaskini - 20 April 2026 -

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN