my en |         |  

preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Operasi Premis Makanan Bersih (OPMB) Zon Utara

box opmb

Operasi ini diselaraskan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak bersama Cawangan Inspektorat Dan Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Operasi ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam (18 hingga 20 Februari 2025) di seluruh Daerah Kinta.

Operasi Siri 2 ini melibatkan seramai 49 anggota Pegawai Diberi Kuasa yang diwakili oleh pegawai dari 6 buah Pejabat Kesihatan Daerah di Zon Utara Negeri Perak.

Penguatkuasaan yang dijalankan berpandukan kepada Undang-Undang Kesihatan Awam yang merangkumi Akta Makanan 1983 dan Peraturannya, serta Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024.

Aktiviti penguatkuasaan ini adalah salah satu inisiatif Pegawai Diberi Kuasa dalam mendidik masyarakat agar cakna dalam penjagaan kesihatan diri serta individu yang lain terutama ketika berada di tempat awam.

Jabatan Kesihatan Negeri Perak juga ingin menasihatkan orang ramai dan pengusaha premis makanan untuk terus mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai usaha dalam mengekalkan tahap kesihatan masyarakat yang sejahtera.

googlemap1

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
Jalan Koo Chong Kong
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-245 6000
   jknperak@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Tentang Kami

Image

Jumlah Pelawat

267982
Hari Ini: 456
Jumlah: 267,982

Tarikh Kemaskini

  • Kemaskini - 20 April 2026 -

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN