MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN OGOS TAHUN 2024 JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK

30 Ogos 2024 - Majlis Perhimpunan Bulanan, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak telah diadakan di Dataran D’Mesra, JKN Perak. Majlis disempurnakan oleh YBrs. Dr. Feisul Idzwan bin Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri dan juga turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Wakil Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri dan seluruh warga JKN Perak.
Sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2024, Pengarah Kesihatan Negeri telah memohon warga JKN Perak untuk menghayati erti kemerdekaan dengan mengingatkan warga JKN Perak khususnya generasi muda bahawa nikmat hidup dalam keadaan yang serba aman dan selesa ini adalah hasil jerih perit pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air kita. Sehubungan itu, bagi menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan, Jawatankuasa Promosi EKSA JKN Perak juga mengadakan Pertandingan Sudut Kebangsaan sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi tahun 2024.
Perhimpunan kali ini lebih bermakna dengan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan peringkat JKN Perak dengan tema sambutan ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’ oleh Pengarah Kesihatan Negeri bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Sebelum perhimpunan berakhir, majlis turut diserikan dengan persembahan deklamasi sajak oleh Encik Eassazer bin Sakar dari Bahagian Kesihatan Awam yang dinobatkan sebagai johan dan Puan Ruhil Amani binti Rohani dari Bahagian Pengurusan, JKN Perak dinobatkan sebagai naib johan Pertandingan Deklamasi Sajak.


