my en |         |  

preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Perhimpunan Bulanan JKN Perak Bulan Oktober 2024

Assembly 10

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN OKTOBER TAHUN 2024 JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
 
25 Oktober 2024- Majlis Perhimpunan Bulanan, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak telah diadakan di Dataran D’Mesra, JKN Perak. Majlis disempurnakan oleh YBrs. Dr. Feisul Idzwan bin Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri dan juga turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Wakil Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri dan seluruh warga JKN Perak.
 
Dalam ucaptama YBrs. Pengarah Kesihatan Negeri telah menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan kerana telah memberikan keutamaan kepada Sektor Kesihatan pada pembentangan Belanjawan 2025. Kenaikan belanjawan bagi peruntukan perkhidmatan kesihatan daripada RM41.2 bilion kepada RM45.3 bilion pada tahun 2025 menunjukkan komitmen Kerajaan dalam memastikan kesejahteraan Malaysia Madani secara inklusif dan holistik. Beliau juga menasihati agar semua warga JKN Perak melaksanakan perancangan bagi tahun 2025 dengan baik dan membuat pembaharuan perkhidmatan penjagaan kesihatan demi kesejahteraan rakyat.
 
Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, Pengarah Kesihatan Negeri juga turut berpesan agar semua warga JKN Perak bersama-sama menghidupkan sifat ihsan dan komited supaya masyarakat lebih bersifat penyayang, menghargai serta menghentikan stigma kesihatan mental. Sebelum perhimpunan berakhir, majlis telah mengumumkan pemenang bagi pertandingan Trim and Fit anjuran Cawangan Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar. Program ini dilaksanakan untuk menggalakkan cara hidup sihat di tempat kerja dan kawalan obesiti di kalangan warga JKN Perak. Syabas dan tahniah.
 
 

googlemap1

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
Jalan Koo Chong Kong
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-245 6000
   jknperak@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Tentang Kami

Image

Jumlah Pelawat

267988
Hari Ini: 462
Jumlah: 267,988

Tarikh Kemaskini

  • Kemaskini - 20 April 2026 -

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN