my en |         |  

preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Perhimpunan Bulanan JKN Perak Mei 2024

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π‡πˆπŒππ”ππ€π ππ€π†πˆ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŒπ„πˆ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’
𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π ππ„π†π„π‘πˆ ππ„π‘π€πŠ

31 Mei - Majlis Perhimpunan Pagi Bulanan, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak diadakan di Dataran D’Mesra, JKN Perak. Majlis disempurnakan oleh YBrs. Dr. Feisul Idzwan bin Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri.
YBrs. Dr. Feisul telah menyingkap ucapan Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, YAB Perdana Menteri sempena Sambutan Hari Pekerja 2024 berkenaan pengumuman skim gaji dan elaun penjawat awam yang akan ditambahbaik mulai 1 Disember 2024. Sehubungan itu, Pengarah Negeri Perak menasihati warga JKN Perak supaya sentiasa fokus dan bekerja bersungguh-sungguh dan memperbaiki tatakelola di peringkat JKN Perak. Penghijrahan tatakelola ini perlu diseiringkan dengan tiga (3) prinsip iaitu memudahkan (facilitate), menyesuaikan (accommodate) dan menyegerakan
(accelerate).
Dalam ucaptamanya, Pengarah Kesihatan Negeri juga turut berharap agar warga JKN Perak sentiasa mengamalkan konsep hijrah dalam menjalankan tugas harian. Tuntutan yang dipohon adalah menerusi kepekaan dengan tuntutan perubahan semasa serta menjalankan tugas dengan rapi, cekap dan mengamalkan komunikasi secara efisien. Selain itu, warga JKN Perak juga perlu sentiasa komited bagi memastikan rasuah dan korupsi dibanteras habis-habisan seiring matlamat Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS).
Perhimpunan ini turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Wakil-Wakil Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Ketua-Ketua Unit dan seluruh warga JKN Perak.

googlemap1

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
Jalan Koo Chong Kong
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-245 6000
   jknperak@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Tentang Kami

Image

Jumlah Pelawat

268004
Hari Ini: 478
Jumlah: 268,004

Tarikh Kemaskini

  • Kemaskini - 20 April 2026 -

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN