my en |         |  

preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Perhimpunan Bulanan JKN Perak November 2024

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN NOVEMBER TAHUN 2024 JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
Assembly 11
29 November - Majlis Perhimpunan Bulanan, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak telah diadakan di Dataran D’Mesra, JKN Perak. Majlis disempurnakan oleh YBrs. Dr. Feisul Idzwan bin Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri dan juga turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Wakil Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri dan seluruh warga JKN Perak.
 
Dalam Majlis Penutup Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 YBrs. Pengarah Kesihatan Negeri telah menyampaikan pesanan daripada YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara kepada perkhidmatan awam agar memperteguhkan pengenalan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang perlu disertakan dengan peningkatan mutu kerja, komitmen, berdedikasi dan tiada ruang untuk Pegawai Awam yang malas, culas dan cuai serta tiada lagi alasan untuk berada di takuk yang lama.
 
Dalam ucaptama Pengarah Kesihatan Negeri juga beliau menyampaikan pesanan kepada semua warga JKN Perak supaya mengamalkan budaya kerja cemerlang dan etika kerja yang baik daripada setiap peringkat sama ada pengurusan atasan atau bawahan. Melalui pembudayaan ini, kegiatan tidak bermoral seperti rasuah pastinya dapat dihindari.
 
Sebelum perhimpunan berakhir, majlis diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada atlet olahraga (Track and Field) yang akan mewakili kontinjen JKN Perak ke Karnival Kecergasan Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2025. Selain itu, penyerahan sijil penghargaan Rural Emergency Disaster Exercise (Redex Kinta) Tahun 2024 juga diserahkan kepada Pengarah Kesihatan Negeri atas keterlibatan warga JKN Perak. Tahniah dan syabas!
 

googlemap1

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
Jalan Koo Chong Kong
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-245 6000
   jknperak@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Tentang Kami

Image

Jumlah Pelawat

267988
Hari Ini: 462
Jumlah: 267,988

Tarikh Kemaskini

  • Kemaskini - 20 April 2026 -

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN