MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI BULAN JUN TAHUN 2024 JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
28 Jun - Majlis Perhimpunan Pagi Bulanan, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak diadakan di Dataran D’Mesra, JKN Perak. Majlis disempurnakan oleh YBrs. Dr. Feisul Idzwan bin Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri.
Sempena Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia (World Food Safety Day) . Pengarah Kesihatan Negeri telah menekankan tentang keadaan perubahan iklim, dan pelbagai krisis global yang boleh memberi kesan besar terhadap keselamatan dan ketersediaan makanan. Justeru, semua warga JKN Perak dinasihatkan untuk memastikan bahawa makanan yang dihidangkan di atas meja bebas daripada pencemaran dan ancaman kesihatan yang lain. Seterusnya beliau mohon perhati dan pilih, amalkan lihat, hidu serta rasa sebelum menjamah makanan sama ada yang disediakan sendiri atau yang dibeli diluar.
Dalam ucaptama Pengarah Kesihatan Negeri juga turut berpesan kepada semua warga JKN Perak supaya menggunakan sumber manusia secara optimum, modal insan berkeupayaan tinggi dan memperkukuhkan tadbir urus sektor awam serta memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan. Beliau juga mengingatkan kepada semua Ketua Jabatan dan Ketua Unit supaya bertanggungjawab dan memantau pengawasan disiplin dan tatatertib ke atas pegawai yang diselia sejajar dengan akauntabiliti perkhidmatan awam.
Majlis ini diserikan lagi dengan pengumuman pemenang Kempen Go Cashless Tahun 2023 Anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia. Tahniah kepada Hospital Seri Manjung, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah (PKPD) Larut Matang dan Selama, Klinik Pergigian (KP) Simpang, KP Pokok Assam, KP Kampung Simee, KP Ipoh, KP UTC Perak dan KP Pasir Pinji kerana telah berjaya mencatatkan peratusan transaksi tanpa tunai atau e-payment yang tinggi sepanjang tempoh kempen tersebut.
Perhimpunan ini turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Wakil-Wakil Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Ketua-Ketua Unit dan seluruh warga JKN Perak.


