my en |         |  

preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Perhimpunan Bulanan April & Sambutan Aidilfitri

MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI BULANAN DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024 JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
 

26 April - Majlis Perhimpunan Pagi Bulanan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak yang bertemakan Glam Raya diadakan di Dataran D’Mesra, JKN Perak. Majlis disempurnakan oleh YBrs. Dr. Feisul Idzwan bin Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri dengan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JKN Perak.
Dalam ucapan Pengarah Kesihatan Negeri, beliau telah mengingatkan supaya mengamalkan slogan Kami Sedia Membantu yang merupakan ikrar warga Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga JKN Perak dalam usaha untuk kita sama-sama menggembeleng tenaga menyampaikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dengan penuh sifat penyayang, prihatin dan timbang rasa serta dilaksanakan secara professional dengan semangat kerja berpasukan.
Majlis ini telah diserikan dan dimeriahkan lagi dengan beberapa pertandingan seperti Pertandingan Teka Berat Limau Bali, Teka Jumlah Wang dalam Sampul Raya, Pertandingan Baju Raya Tercantik Kategori Lelaki dan Wanita serta Pertandingan Gerai Tercantik.

googlemap1

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
Jalan Koo Chong Kong
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-245 6000
   jknperak@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Tentang Kami

Image

Jumlah Pelawat

268004
Hari Ini: 478
Jumlah: 268,004

Tarikh Kemaskini

  • Kemaskini - 20 April 2026 -

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN