
10 April 2026 – Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Tahun 2026. Majlis ini telah berlangsung dengan meriah di Dataran D’Mesra, Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Feisul Idzwan bin Dato’ Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri Perak.
Majlis diserikan dengan meraikan anggota-anggota cemerlang dalam Anugerah Pekerja Contoh Bulanan (APCB) Mac 2026.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para penerima anugerah.
Mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia, YBhg. Dato' Pengarah secara tulus ikhlas mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin" kepada semua hadirin dan warga JKN Perak. Beliau menyeru agar seluruh warga jabatan saling bermaaf-maafan demi memastikan keharmonian dan ukhuwah organisasi terus utuh.
Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak di atas kejayaan majlis ini. Pada masa yang sama, beliau mengalu-alukan kehadiran Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) yang baharu, Tuan Haji Zulkhairi bin Mohamed Daud ke dalam keluarga besar JKN Perak.
Pesanan penjagaan kesihatan berikutan cuaca panas yang berisiko menyebabkan strok haba, serta makluman mengenai sambutan Hari Kesihatan Sedunia dan Hari Hemofilia Sedunia turut dititipkan dalam ucapan beliau.
Majlis turut diindahkan dengan pelbagai pertandingan menarik seperti Pertandingan Video Raya yang dimenangi oleh Bahagian Kesihatan Awam, Pertandingan Gerai Potluck Raya Terbaik yang dimenangi oleh Bahagian Pengurusan ditempat pertama, Bahagian Kesihatan Awam tempat kedua dan Bahagian Perubatan di tempat ketiga. Manakala bagi Pertandingan Baju Raya Terbaik, Kategori Lelaki dimenangi oleh En. Mohamad Zaki Bin Sir Ali, BKKM dan Kategori Wanita dimenangi oleh Pn. Nor Syafiah Binti Zainudin, Bahagian Kesihatan Awam. Pertandingan Teka Isipadu Air pula dimenangi oleh En. Mohd Azmir Bin Shahimi Fadzil, Bahagian Pengurusan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang.
Majlis yang bermakna ini telah dihadiri oleh Pengarah Kesihatan Negeri, Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Ketua-Ketua Unit, Ketua-Ketua PTJ, dan seluruh warga Jabatan Kesihatan Negeri Perak.
Sumber: Facebook JKN Perak


