my en |         |  

preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Perhimpunan Bulanan JKN Perak Februari 2026


MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN FEBRUARI 2026 JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK


Perhimpunan Feb 26

23 Februari 2026 – Perhimpunan Bulanan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak telah diadakan di Dataran D’Mesra, JKN Perak. Majlis disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Feisul Idzwan bin Dato' Mustapha dan turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri dan seluruh warga JKN Perak.

Majlis diserikan lagi dengan meraikan anggota-anggota cemerlang dalam Anugerah Pekerja Contoh Bulanan (APCB) Januari 2026.

Selain itu, Dato’ Pengarah diiringi Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) telah menyampaikan Sijil Penghargaan Program Imunisasi Measles Rubella Supplementary Immunisation Activity (MRSIA) kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang mencapai peratus sasaran imunisasi tertinggi di Negeri Perak, iaitu:

  • Tempat Ketiga: Pejabat Kesihatan Daerah Bagan Datuk – Pencapaian Liputan 99.40%
  • Tempat Kedua: Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang – Pencapaian Liputan 102.15%
  • Tempat Pertama: Pejabat Kesihatan Daerah Kampar – Pencapaian Liputan 102.20%.

Penghargaan juga dirakamkan kepada semua Pejabat Kesihatan Daerah lain yang turut bertungkus-lumus menjayakan aktiviti imunisasi tambahan ini. Komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan amat dihargai dalam memastikan kesihatan serta kesejahteraan kanak-kanak sentiasa terpelihara.

Dalam ucapannya, Dato’ Pengarah menyeru agar seluruh warga JKN Perak terus memperkukuh komitmen dalam menjaga kesihatan diri, keluarga dan komuniti demi kesejahteraan bersama. Majlis kemudiannya diakhiri dengan Gimik Hari Kanser Sedunia sebagai simbol komitmen berterusan dalam usaha pencegahan dan kesedaran kanser.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan perhimpunan pada kali ini.

Sumber: Facebook JKN Perak

googlemap1

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
Jalan Koo Chong Kong
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-245 6000
   jknperak@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Tentang Kami

Image

Jumlah Pelawat

282123
Hari Ini: 101
Jumlah: 282,123

Tarikh Kemaskini

  • Kemaskini - 26 Mei 2026 -

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN