my en |        |

preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Perhimpunan Bulanan JKN Perak Jun 2026


MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN JUN 2026 JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
 
30 Jun 2026 – Perhimpunan Bulanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak bagi bulan Jun 2026 telah berlangsung di Foyer Tingkat 7, Menara Tabung Haji. Perhimpunan pada kali ini telah dikendalikan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Feisul Idzwan bin Dato’ Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri Perak dan turut dihadiri oleh barisan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri serta seluruh warga JKN Perak.
YBhg. Dato’ Pengarah memulakan ucapan dengan merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah menjayakan Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) Sedunia 2026 Peringkat JKN Perak pada 18 Jun 2026 di Kompleks Islam Darul Ridzuan. Penghargaan turut diberikan atas kejayaan penganjuran Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 JKN Perak yang telah dirasmikan pada 25 Jun 2026, yang jelas mencerminkan tahap kecemerlangan, komitmen serta semangat kerja berpasukan yang tinggi.
Majlis juga merakamkan ucapan tahniah kepada Dr. Hjh. Farah Syazwani binti Mohamd Tarmizi dan Dr. Muhammad Adib bin Mohamad Mazri atas penerimaan Anugerah Siti Khadijah dan Anugerah Saidina sempena Majlis Sambutan Kemuncak Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak Tahun 2026.
Majlis pada kali ini turut menyentuh pelbagai hari kesedaran dan sambutan penting sepanjang bulan Jun. Ini bermula dengan Hari Alam Sekitar Sedunia pada 5 Jun yang mengingatkan warga kerja mengenai kepentingan amalan kelestarian alam seperti pengurangan penggunaan plastik dan amalan 3R. Seterusnya, sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia pada 7 Jun menyeru penghayatan slogan “Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama” bagi membudayakan amalan keselamatan makanan dalam masyarakat.
Bagi menghargai pengorbanan penderma darah, Hari Penderma Darah Sedunia telah disambut pada 14 Jun. Syabas diucapkan kepada Hospital Teluk Intan yang turut mengambil inisiatif memperkenalkan Anugerah Khas Penderma Darah bagi menghargai komitmen para penderma yang banyak menyelamatkan nyawa.
Sambutan diteruskan dengan Hari Denggi ASEAN pada 15 Jun bagi meningkatkan kesedaran terhadap ancaman denggi serta menggalakkan aktiviti pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes secara berterusan. Turut diberi perhatian ialah Hari Kesedaran Anemia Sel Sabit Sedunia pada 19 Jun yang bertujuan memperkukuh usaha pendidikan kesihatan mengenai penyakit darah keturunan serta menekankan akses rawatan yang saksama.
YBhg. Dato’ Pengarah turut menyampaikan ucapan Selamat Hari Bapa sempena sambutan Hari Bapa pada 21 Jun sebagai penghargaan terhadap peranan, pengorbanan dan keteguhan bapa sebagai hero keluarga.
Seterusnya, majlis diserikan dengan sesi penyampaian Pingat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bulanan (APCB) sebagai tanda penghargaan kepada warga kerja yang telah menunjukkan prestasi cemerlang, komitmen tinggi serta kecemerlangan dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab.
 
Di samping itu, YBhg. Dato’ Pengarah telah menyempurnakan gimik Program Inisiatif Penjawat Awam Sihat Sejahtera (i-Pass) yang bertujuan memperkukuh budaya hidup aktif, kecergasan serta kesejahteraan mental dan fizikal dalam kalangan kakitangan awam. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada pelan jangka panjang bagi melahirkan tenaga kerja sektor awam yang produktif dan sihat menjelang tahun 2030.
Majlis turut diserikan dengan gimik pemotongan bunting sempena Pra-Peluncuran Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat JKN Perak Tahun 2026 oleh YBhg. Dato’ Pengarah. Pra peluncuran ini merupakan simbolik bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan makanan dalam kalangan warga JKN Perak dan masyarakat.
Di akhir ucapan, YBhg. Dato’ Pengarah menyeru seluruh warga kerja JKN Perak agar terus berkhidmat dengan ilmu, memimpin dengan teladan, menyantuni dengan ihsan serta memikul tanggungjawab secara profesional dan berdedikasi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada BKKM selaku penganjur, serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan Perhimpunan Bulanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak bagi bulan Jun 2026.
 

googlemap1

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
Jalan Koo Chong Kong
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-245 6000
   jknperak@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Tentang Kami

Image

Jumlah Pelawat

296324
Hari Ini: 256
Jumlah: 296,324

Tarikh Kemaskini

  • Kemaskini - 17 September 2026 -

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN