Β  Β myΒ enΒ |Β Β Β Β Β Β Β  |

preset 1 Β preset 2 Β preset 3 Β preset empatΒ Β 

Perhimpunan Bulanan JKN Perak September 2026


πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π‡πˆπŒππ”ππ€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 π’π„ππ“π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ” 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π ππ„π†π„π‘πˆ ππ„π‘π€πŠ
Β 
18 September 2026 – Perhimpunan Bulanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak bagi bulan September 2026 telah berlangsung di Dataran D'Mesra yang dikendalikan oleh Bahagian Farmasi. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Feisul Idzwan bin Dato’ Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri Perak dan turut dihadiri oleh barisan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri serta seluruh warga JKN Perak.
Β 
YBhg. Dato’ Pengarah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada kontinjen perbarisan JKN Perak atas komitmen serta disiplin yang ditunjukkan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69. Beliau turut mengajak warga JKN Perak untuk terus memupuk semangat patriotisme dan perpaduan sempena Hari Malaysia yang bertemakan β€˜Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’, selaras dengan aspirasi memperkukuh keharmonian dan kesatuan dalam membina negara yang maju, inklusif dan sejahtera.
YBhg. Dato’ Pengarah menegaskan kepentingan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera di bawah ANMS sebagai agenda utama dalam membentuk masyarakat yang sihat, di samping menyeru warga JKN Perak untuk menerajui pembudayaan amalan hidup sihat. Beliau turut merakamkan penghargaan khusus kepada warga Farmasi Perak sempena Hari Farmasi Sedunia (25 September) yang bertemakan β€œEmpowering Pharmacists for Healthier Futures”, serta menyeru agar sokongan berterusan diberikan kepada profesion ini untuk terus berinovasi ke arah kelestarian sistem kesihatan negeri.
Β 
Seterusnya, majlis diserikan dengan sesi penyampaian Pingat Anugerah Pekerja Contoh Bulanan (APCB) sebagai tanda penghargaan kepada warga kerja yang telah menunjukkan prestasi cemerlang, komitmen tinggi serta kecemerlangan dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab.
Β 
Β 
Sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia, YBhg. Dato’ Pengarah menyeru warga JKN Perak untuk memberikan sokongan terhadap Sambutan Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 28 September 2026 di KPTM Ipoh, yang dihadiri Menteri Kesihatan sebagai usaha memperkasa kesedaran, mengikis stigma serta memelihara kesejahteraan mental. Beliau turut menzahirkan penghargaan dan sokongan padu terhadap Bulan Kesedaran Kanser Kanak-Kanak dan Kanser Darah melalui penyalaan lampu emas di KWKK HRPB sepanjang September, sebagai simbol solidariti, kekuatan dan harapan kepada para pejuang kecil serta keluarga mereka.
Β 
YBhg. Dato’ Pengarah telah menyempurnakan penyerahan simbolik Poster Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan KKM yang baharu kepada semua Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri. Poster ini disediakan oleh SKKP, BKP sebagai pengganti poster sedia ada selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514]. Penyerahan ini melambangkan komitmen KKM dan JKN Perak dalam memperkukuh budaya keselamatan, kesihatan serta kesejahteraan warga kerja, di samping meningkatkan kesedaran terhadap tanggungjawab bersama di tempat kerja.
Β 
Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah bagi β€˜Pertandingan Sudut Hari Kebangsaan 2026’ anjuran EKSA, melibatkan subzon Jabatan Kesihatan Negeri yang berlangsung dari 15 Ogos hingga 11 September 2026 dengan tema β€˜Kepelbagaian & Perpaduan’. Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua subzon atas kreativiti, semangat patriotisme serta komitmen dan usaha yang telah dizahirkan sepanjang pertandingan.
Β 
Β 
Sebagai penutup, YBhg. Dato’ Pengarah menyeru warga JKN Perak agar terus memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan setiap agenda, di samping menghayati semangat perpaduan, nilai kemanusiaan dan amalan hidup sihat. Beliau turut menzahirkan dukacita dan takziah kepada keluarga serta pihak yang terkesan akibat insiden helikopter di Miri, serta menyeru warga agar menjaga kesihatan dalam menghadapi jerebu. Beliau turut menekankan kepentingan sikap prihatin, berintegriti dan berempati dalam mengutamakan kesejahteraan rakyat.
Β 

googlemap1

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
Jalan Koo Chong Kong
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-245 6000
   jknperak@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Tentang Kami

Image

Jumlah Pelawat

300451
Hari Ini: 405
Jumlah: 300,451

Tarikh Kemaskini

  • Kemaskini - 30 September 2026 -

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN