
Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 Perak telah berlangsung meriah selama tiga hari dari 03 April hingga 05 April 2026 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Persiaran Meru, Ipoh. Program ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.
Program MADANI Rakyat 2026 adalah inisiatif kerajaan Malaysia yang bertujuan memasyarakatkan perkhidmatan awam, merapatkan jurang akses antara kerajaan dan rakyat, serta menampilkan penglibatan aktif GLC dan komuniti. Program ini memberi peluang kepada masyarakat untuk memahami, melihat, dan menilai dasar serta inisiatif baharu yang dilaksanakan oleh Kerajaan Madani dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.
Program ini juga merupakan sebuah saluran untuk orang ramai mendapatkan perkhidmatan secara langsung daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui pengisian dan aktiviti - aktiviti di Reruai Utama, Khemah Perkhidmatan dan Perkhidmatan Bergerak.
Antaranya:
- Saringan Komposis Badan (ambil tahu lemak dalam badan)
- Runding Cara Hidup Sihat
- Pendaftaran MyChampion
- Take Home Message
- Kahoot
- Kempen Tolak Ubat Tidak Sah
- Demonstrasi Penggunaan Aplikasi (FarmaChecker)
- Demonstrasi aplikasi ‘MyUbat’
- Promosi Moh Masuk ILKKM
- Latihan Separa Perubatan Peringkat Sijil dan Diploma
- Saringan kesihatan
- Saringan Kanser Serviks & Payudara
- Perkhidmatan Perubatan Estetik (Jom Cantik & Sihat)
- Klinik Pergigian Bergerak
- Wellness on Wheels
Usaha mengekalkan kesihatan adalah tanggungjawab bersama kerana kesihatan yang baik membolehkan kita menikmati kualiti hidup yang lebih tinggi serta merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI yang sihat dan sejahtera.
Sumber: Facebook JKN Perak


