HARI RABIES SEDUNIA 2026: LEBIH KUAT BERSAMA (STRONGER TOGETHER)
Tahukah anda?
Rabies (anjing gila) merupakan penyakit sistem saraf berbahaya yang boleh MEMBAWA MAUT sekiranya gejala telah muncul. Namun begitu, penyakit ini BOLEH DICEGAH dengan tindakan awal dan langkah pencegahan yang betul!
FAKTA TENTANG RABIES
Rabies boleh merebak kepada manusia melalui:
- Gigitan haiwan terjangkit
- Cakaran haiwan terjangkit
- Kontak air liur haiwan terjangkit pada luka terbuka
LANGKAH PENCEGAHAN
- Vaksinasi Haiwan: Pastikan anjing dan kucing peliharaan mendapat suntikan vaksin rabies secara berkala di klinik veterinar.
- Pemilikan Bertanggungjawab: Pelihara dan urus haiwan kesayangan anda dengan cermat.
- Kawal Pergerakan: Elakkan haiwan peliharaan berkeliaran tanpa pengawasan.
- Elakkan Kontak: Jangan bersentuhan atau mendekati haiwan liar / tidak dikenali.
TINDAKAN KECEMASAN (JIKA DIGIGIT / DICAKAR HAIWAN) CUCI LUKA SERTA-MERTA:
Cuci kawasan gigitan/cakaran menggunakan sabun dan air mengalir sekurang-kurangnya selama 15 MINIT.
DAPATKAN RAWATAN SEGERA: Segera ke Klinik Kesihatan atau Hospital berdekatan untuk penilaian dan rawatan lanjut.
Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati.



