Jerebu bukan sekadar mengganggu pandangan dan keselesaan, malah boleh memberi kesan kepada kesihatan, khususnya apabila kualiti udara semakin merosot.
Golongan yang lebih berisiko termasuk kanak-kanak, wanita hamil, warga emas, penghidap penyakit asma/jantung serta pekerja luar dan individu yang melakukan aktiviti fizikal.
Apa yang boleh kita lakukan ketika jerebu?
Kurangkan aktiviti di luar dan berada di dalam bangunan jika keadaan jerebu bertambah buruk.
Pastikan pengambilan air yang mencukupi, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Jika perlu berada di luar, pakai pelitup muka yang sesuai seperti N95 atau P100 .
Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala seperti batuk, sesak nafas atau mata pedih yang semakin teruk.
Marilah kita sama-sama mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa peka terhadap tahap pencemaran udara di kawasan masing-masing. Kesihatan kita dan keluarga adalah tanggungjawab bersama.

Sumber: Facebook Rasmi JKN Perak


