Di sebalik setiap sistem kesihatan yang berkualiti dan mampan, ada seorang ahli farmasi yang sentiasa bersedia membantu anda! 
Ketika dunia berdepan pelbagai cabaran kesihatan seperti akses rawatan, rintangan antimikrob, perubahan iklim dan ketidaktentuan ekonomi, ahli farmasi terus memainkan peranan penting memastikan rakyat menerima penjagaan kesihatan yang selamat, berkualiti dan berkesan.


“Semoga warga Farmasi Hospital Batu Gajah terus diberi kekuatan dan semangat untuk memberikan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan pesakit serta kelestarian sistem kesihatan. Anda adalah tonggak penting dalam kesinambungan penjagaan kesihatan negara.”


