my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Pengurusan Maklumat

 

Pengenalan

Unit Pengurusan Maklumat, Hospital Batu Gajah diwujudkan untuk membantu dalam merancang, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem serta program yang berkaitan dengan Sistem Maklumat di Hospital Batu Gajah.

Beberapa aplikasi dan rangkaian setempat telah disambung kepada talian yang telah dibekalkan oleh pihak kementerian iaitu talian MyGov*NEt. Beberapa program diperingkat Hospital seperti aplikasi Sistem eSPKB, HRMIS, e-perolehan,eTerimaan, MyHDW dan eGL turut dilaksanakan. Capaian aplikasi-aplikasi tersebut adalah melalui talian yang telah dibekalkan oleh pihak KKM dan MAMPU. Selain daripada itu aplikasi dalaman juga dipantau dan diselia oleh unit ini seperti PhIS, Vmedik, Attendence System, LIS dan Sistem Pendaftaran Pesakit Unit Pengambilan Darah.

Skop Perkhidmatan

  • Menyediakan dan menyelenggara infrastruktur rangkaian di hospital
  • Menguruskan keperluan teknikal sistem aplikasi elektronik seperti 1GFMAS, ePerolehan, eTerimaan, HRMIS, eGL, ePatuh, MyCPD, MyHDW ,MPIS dan lain-lain yang diarahkan mengikut keperluan fasiliti.
  • Menguruskan keperluan teknikal bagi system aplikasi dalaman iaitu PhIS, Vmedik, Attendence System, LIS dan Sistem Pendaftaran Pesakit Unit Pengambilan Darah.
  • Memberi khidmat nasihat dan menganalisa spesifikasi bagi pembelian peralatan serta perisian ICT.
  • Mengendalikan proses pelupusan aset peralatan ICT.
  • Memberi khidmat latihan, teknikal dari masa ke semasa apabila diperlukan

  

Aktiviti

Unit Pengurusan Maklumat bertanggungjawab memberi perkhidmatan sokongan kepada warga hospital melalui aktiviti-aktiviti berikut :

 1- Perancangan Dan Pembangunan Infrastruktur ICT

 2- Khidmat Sokongan Sistem Aplikasi Kerajaan Elektronik (EG)

 3- Khidmat Sokongan Teknikal / Penyenggaraan ICT (Perisian dan Perkakasan)

 4- Penyelenggaraan Sistem Aplikasi hospital

 5- Khidmat nasihat dan rundingcara perolehan produk ICT

 6- Pembangunan Laman Web Rasmi Hospital (https://jknperak.moh.gov.my/hbg/v2/index.php)

 7- Infrastruktur rangkaian, internet dan keselamatan ICT

Waktu Operasi

  • Isnin Hingga Khamis  - 8.00 - 5.00 petang 
    • Rehat (1.00 - 2.00 petang)
  • Jumaat                     - 8.00 - 5.00 petang 
    • Rehat (12.15 tengahari -2.45 petang)
  • Sabtu & Ahad & Hari Cuti Umum  - Tutup

googlemap1

HOSPITAL BATU GAJAH
Jalan Changkat
31000 Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan

  05-3663333
   hbgjh@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 147
Jumlah Keseluruhan: 4,613

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh kemaskini: 24 Februari 2026.

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video