my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Rekod Perubatan

Pengenalan

Unit Rekod Perubatan adalah salah satu perkhidmatan sokongan bukan klinikal di hospital. Unit ini dipertanggungjawabkan untuk mengurus perkara-perkara berkaitan perkhidmatan rekod perubatan pesakit bagi membantu pihak hospital memberikan perkhidmatan rawatan perubatan yang cekap dan berkesan.

Objektif

  • Memastikan perkhidmatan diberi sentiasa berkualiti dan selamat.
  • Mewujudkan persekitaran yang selamat dan selesa
  • Bekerjasama dengan komuniti ke arah kesihatan yang lebih baik
  • Memastikan Hospital Batu Gajah mencapai dan mengekalkan tahap kualiti perkhidmatan yang tinggi.

Piagam Pelanggan

  • Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.
  • Sekurang-kurangnya 90% laporan perubatan perlu disediakan dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Hospital Negeri & Hospital Berpakar : < 4 Minggu
    Lain-lain Hospital : < 2 Minggu

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Jabatan Rekod Perubatan diketuai oleh Penolong Pegawai Rekod Perubatan yang telah dilatih untuk menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan pengurusan Rekod Perubatan Pesakit serta tugas-tugas yang lain.

Jabatan Rekod Perubatan hendaklah dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan serta ruang penyimpnan yang sesuai bagi memudahkan pengurusan Rekod Perubatan Pesakit.

Aktiviti - Aktiviti Yang Dijalankan

  • Jabatan Rekod Perubatan bertanggungjawab untuk mengurus semua Rekod Perubatan Pesakit yang meliputi aktiviti-aktiviti berikut :-
  • Mengurus dan menyelaras urusan-urusan berkaitan dengan pengurusan Rekod Perubatan Pesakit mengikut prosedur yang ditetapkan.
  • Menyimpan Rekod Perubatan Pesakit mengikut tempoh yang ditetapkan dan melaksanakan aktiviti pelupusan mengikut jadual Pelupusan Rekod Perubatan, Urusan Fungsian 2016.
  • Menentukan kod untuk diagnosa (ICD 10) mengikut kod klasifikasi yang ditetapkan.
  • Mengurus permohonan Laporan Perubatan/Bedah Siasat
  • Menyediakan keperluan yang berkaitan isu-isu ”medico-legal”.
  • Mengumpul, menyemak dan menyediakan laporan statistik kesihatan.

googlemap1

HOSPITAL BATU GAJAH
Jalan Changkat
31000 Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan

  05-3663333
   hbgjh@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 1
Jumlah Keseluruhan: 4,448

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh kemaskini: 24 Februari 2026.

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video