Skop Perkhidmatan
Unit Hemodialisis ini memberi perkhidmatan hemodialisis bagi pesakit-pesakit buah pinggang yang di rujuk oleh Pakar Nefrologi Hospital Ipoh dan Pakar Perubatan Hospital Batu Gajah. Semua pesakit didaftarkan sebagai pesakit tetap dan dibahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama membuat hemodialisis pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat manakala kumpulan kedua membuat dialisis pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu. Pesakit-pesakit ini dibahagikan kepada 3 syif iaitu syif pertama pukul 7.00 pagi hingga 11.30 pagi, syif kedua pukul 12 tengahari hingga 4.00 petang dan syif ketiga pukul 4.30 petang hingga 8.30 malam dan unit ini tutup pada pukul 9.00 malam sekiranya tiada tambahan kes-kes dialisis dari wad. Selain merawat kes-kes dialisis normal (negatif ), unit ini juga menyediakan rawatan dialisis untuk kes-kes jangkitan hepatitis iaitu Hep. B dan Hep. C.
Unit Hemodialisis juga memberi perkhidmatan hemodialisis bagi kes-kes kecemasan akut di wad-wad dimana pesakit wad yang kurang kritikal dan stabil akan di hantar ke Unit Hemodialisis, bagi pesakit wad yang kritikal dan tidak stabil akan di hantar ke wad unit dialisis. Kes-kes ini adalah kes yang bukan berdaftar tetap dan ianya di rujuk oleh pakar perubatan hospital ini. Semua kes-kes ini akan dimasukkan ke wad terlebih dahulu sebelum mendapatkan rawatan dialisis.


