PENGENALAN
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Hospital Batu Gajah bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan kakitangan yang sedang bekerja, dan melindungi orang lain terhadap risiko keselamatan dan kesihatan berkaitan daripada aktiviti pekerjaan berdasarkan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 (Undang-Undang Malaysia, Akta 514).
OBJEKTIF
1. Mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat dengan menjalankan aktiviti pencegahan kepada punca jangkitan penyakit yang disebabkan oleh aktiviti pekerjaan dan persekitaran.
2. Untuk mempertingkat dan mengekalkan keadaan kesihatan fizikal, mental dan sosial di kalangan anggota kesihatan dan pekerja pada tahap yang optimum.
3. Mewujudkan suasana persekitaran yang sihat dan selamat bagi mengurangkan kejadian penyakit-penyakit akibat pekerjaan dan persekitaran.
4. Untuk memastikan kejadian penyakit berjangkit dicegah dan terkawal melalui aktiviti survelan, pencegahan dan pengawalan penyakit yang berkesan, bagi mengurangkan morbiditi dan mortaliti disebabkan penyakit berjangkit.
VISI
Setiap warga kerja hospital ini menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik
MISI
Untuk menerajui dan berusaha bersama-sama
i. Untuk membolehkan setiap warga hospital ini:
● Mencapai tahap kesihatan yang optimum
● Menghargai kesihatan sebagai aset yang paling berharga
● Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
ii. Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi dengan mengutamakan pelanggan, saksama, tidak membebankan, cekap, wajar, mengikut teknologi, boleh disesuaikan mengikut persekitaran dan inovatif
iii. Dengan menekankan sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan, sifat menghormati maruah insan dan penglibatan setiap warga kerja hospital ini.
SKOP PERKHIDMATAN
1. Program Kesihatan Pekerjaan
i. Klinik Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan bagi rawatan ringan, saringan ILI dan Covid-19
ii. Program KOSPEN WOW & Saringan Kesihatan Minda
iii. Program Saringan Hepatitis B & Saringan dan Kawalan Tuberkulosis
iv. Program Saringan Kesihatan Pra-Penempatan & Pra-Persaraan
v. Program Saringan Kesihatan berkala Pemandu, Pekerja Sinaran & Pengendali Bahan Kimia
vi. Program vaksinasi Influenza, Hepatitis B dan Typhim
vii. Siasatan kes-kes kemalangan/ kecederaan/ penyakit pekerjaan (NADOPOD)
viii. Menerima notifikasi dan menyiasat kes kekerasan terhadap anggota perubatan oleh pelanggan
ix. Promosi Kesedaran Perlaksanaan Kod Grey


