my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Perolehan/Aset & Stor

PENGENALAN

Unit Pengurusan Aset dan Stor terletak di bawah bidang pengurusan (sokongan bukan klinikal) hospital di mana fungsi utamanya memberi perkhidmatan sokongan dengan memastikan Pengurusan Aset dan Stor diuruskan dengan cekap, amanah dan teratur.

OBJEKTIF

Menguruskan Penerimaan, Pendaftaran, Pemeriksaan, Penyelenggaraan, Pelupusan dan kehilangan aset secara efektif dan efisien dengan mematuhi Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan yang sedang berkuatkuasa.

Menguruskan penerimaan, penyimpanan, penyelenggaraan dan pengeluaran stok serta merekod dengan mematuhi Tatacara Pengurusan Stor yang sedang berkuatkuasa bagi memenuhi keperluan dan mengelakkan pembaziran

 Menjadi urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) peringkat jabatan.

VISI

Menjadi Pusat Tanggungjawab (PTJ) rujukan bagi Pengurusan Aset Alih dan Stor Kerajaan di Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan meningkatkan kualiti perkhidmatan perubatan dan bukan perubatan kepada semua.

MISI

Memperkasa aktiviti pengurusan aset dan stor hospital selaras dengan arahan 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP) dan Tatacara Pengurusan Aset dan Stor Kerajaan.

SKOP PERKHIDMATAN

Unit ini menjalankan fungsi-fungsi pengurusan Aset Alih dan Stor di hospital ini melalui pelbagai aktiviti seperti berikut :-

  1. Urusan pengujian dan pentauliahan (T&C).
  2. Urusan pendaftaran Aset Alih ke dalam Sistem Pengurusan Aset Alih (SPA).
  3. Menyelaras Pemeriksaan Aset Alih, Pemeriksaan Stok dan Verifikasi stor.
  4. Urusan Pelupusan Aset Alih dan barang-barang stor.
  5. Urusan Kehilangan dan Hapus Kira Aset Alih dan barang-barang stor.
  6. Memproses kelulusan penerimaan hadiah/ sumbangan dalam bentuk peralatan/ aset alih.
  7. Menyediakan Laporan Suku Tahun bagi Pengurusan Aset Alih dan Stor.
  8. Pengeluaran Stop/ Start Notification Facility (SNF) kepada syarikat konsesi EDGENTA MEDISERVE Sdn. Bhd.
  9. Memproses kelulusan pindahan aset alih ke Pusat Tanggung Jawab (PTJ) yang lain.
  10. Menjadi urusetia bagi Mesyuarat Jawatan Kuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) peringkat hospital.
  11. Menjadi Urusetia bagi Jawatan Kuasa Pelupusan Aset Alih Kerajaan.
  12. Menjadi rujukan berkaitan pengurusan aset alih kerajaan dan stor kerajaan kepada semua Jabatan/ Unit/ Wad/ Klinik di hospital ini.

googlemap1

HOSPITAL BATU GAJAH
Jalan Changkat
31000 Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan

  05-3663333
   hbgjh@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 8
Jumlah Keseluruhan: 1,424

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh kemaskini: 08 Oktober 2025.

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video