
Selaras dengan perkembangan teknologi internet yang pesat, Hospital Batu Gajah tidak ketinggalan untuk membangunkan satu laman web yang memaparkan maklumat-maklumat korporat, ringkasan aktiviti utama jabatan serta senarai kemudahan kesihatan yang terdapat di Hospital Batu Gajah.
Selain itu, dengan ini saya mengalu-alukan para pengunjung untuk melayari laman web rasmi Hospital Batu Gajah bagi memperolehi maklumat terkini aktiviti-aktiviti yang dijalankan, peranan & tanggungjawab Hospital Batu Gajah serta menyampaikan segala maklumat yang berkualiti kepada setiap pengunjung. Melalui laman web ini adalah diharapkan hubungan erat antara warga Hospital Batu Gajah dan para pengunjung dapat dijalinkan.
Laman web rasmi Hospital Batu Gajah akan senantiasa berkembang dan ianya akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk memberikan manfaat kepada semua pengguna. Sekiranya tuan puan mempunyai sebarang komen, cadangan ataupun pertanyaan, silalah berhubung dengan kami melalui emel atau borang elektronik yang disediakan.
Pandangan dan komen tuan puan amatlah dialu-alukan. Kami berasa bangga melayani tuan puan dan berharap tuan puan akan mengunjungi kami lagi di masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
DR. JAYAKUMARAN A/L JAYABALAN
Pengarah Hospital Batu Gajah


