my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Kementerian Kesihatan Malaysia (AIKKM) 2022–2024

inovasi bersama KP1

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi KKM (AIKKM) Tahun 2022–2024 bagi meraikan serta memberi pengiktirafan kepada semua pemenang Anugerah Inovasi KKM (AIKKM), Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK), Konvensyen Quality Assurance (QA), Anugerah Perdana Inovasi KKM (APIKKM) dan Anugerah Khas Inovasi (AKIKKM) bagi tahun 2022 hingga 2024.
 
📅 Tarikh: 4 November 2025 (Selasa)
📍 Tempat: Auditorium Perdana NIH, Setia Alam, Shah Alam
🕑 Masa: 2.00 petang – 5.00 petang
🎖️ Dirasmikan oleh: YBhg. Datuk Dr. Mahathar bin Abd Wahab
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
 
Turut hadir memeriahkan majlis, Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Dr. Feisul Idzwan bin Mustapha, bersama-sama wakil daripada Hospital Batu Gajah.
Hospital Batu Gajah turut berbangga apabila projek inovasi “PC On The Go” telah berjaya meraih tempat ketiga (3) dalam Anugerah Inovasi KKM 2022–2024.
 
Kejayaan ini merupakan hasil usaha dan komitmen warga kerja yang sentiasa berusaha memperkasa budaya inovasi, kreativiti dan penambahbaikan berterusan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan.
Tahniah dan syabas kepada semua warga Hospital Batu Gajah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kejayaan ini!

googlemap1

HOSPITAL BATU GAJAH
Jalan Changkat
31000 Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan

  05-3663333
   hbgjh@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 19
Jumlah Keseluruhan: 5,366

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh kemaskini: 18 Mei 2026.

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video