
Hospital Batu Gajah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Puan Mastura binti Kamarulzaman, Penolong Pegawai Tadbir
yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi di Unit Kewangan sejak tahun 2019 hingga 2025.
Sepanjang enam tahun perkhidmatan di Hospital Batu Gajah, Puan Mastura telah memainkan
peranan penting dalam memastikan urusan kewangan hospital sentiasa berada dalam keadaan
teratur dan efisien. Beliau dikenali sebagai seorang pegawai yang berdisiplin, teliti dalam tugasan
serta sentiasa bersikap mesra dengan semua warga kerja.
Tarikh akhir perkhidmatan beliau di Hospital Batu Gajah ialah pada 17 Oktober 2025.
Walaupun perpisahan ini pastinya dirasai oleh rakan setugas, seluruh warga Hospital Batu Gajah
mendoakan agar Puan Mastura terus melangkah maju dan berjaya di tempat baharu.
Terima kasih atas segala sumbangan dan jasa bakti yang dicurahkan sepanjang bersama kami.
Semoga segala pengalaman dan kenangan indah di Hospital Batu Gajah menjadi bekalan berharga
dalam perjalanan karier yang seterusnya. 
“Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun kenangan yang tercipta akan kekal abadi.


