
WORKSHOP ON BEST PRACTICES IN LABORATORY: CALIBRATION, QUALITY MANAGEMENT AND MS ISO 15189:2022 COMPLIANCE PERINGKAT NEGERI PERAK 2025.
Unit Patologi, Hospital Batu Gajah telah menganjurkan bengkel latihan dua hari yang menghimpunkan pegawai sains, JTMP kanan, ketua unit makmal dan pegawai kualiti makmal dari seluruh Negeri Perak. Program ini bertujuan memperkukuh pemahaman peserta mengenai keperluan MS ISO 15189:2022, serta meningkatkan kompetensi dalam Pengurusan Kualiti dan Kalibrasi Peralatan Makmal.
📅 Tarikh: 18–19 November 2025
📍 Tempat: Pusat Latihan, Hospital Batu Gajah
🎤 Perasmi: Dr. Muhammad Zakuan Abdul Jalil
👥 Sasaran Peserta: 50 orang
Penceramah Jemputan HRPB:
* Pn. Rusmah Bt. Yusof
* Ts. Shashi Kumar A/L Vijayakumar
* Pn. Seetha A/P Daywipragas
* Cik Soo Shih Sheng
Bengkel ini turut menjadi platform perkongsian ilmu bagi memastikan semua makmal perubatan di Negeri Perak terus mengekalkan standard akreditasi dan memberikan keputusan ujian yang tepat serta boleh dipercayai.
Unit Patologi merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan sokongan dalam menjayakan program ini.
👏 Terima kasih dan tahniah kepada semua peserta!


