Tuan/Puan yang dihormati,
Terima kasih atas kepercayaan anda mendapatkan perkhidmatan konsultasi dan rawatan di Klinik Pakar & Klinik Pesakit Luar, Hospital Seri Manjung. Bagi memastikan kelancaran serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan, mohon kerjasama Tuan/Puan untuk:
Apa yang perlu dibawa?
- Kad Pengenalan
- Surat Rujukan
- Rekod Ubat
- Guarantee Letter (GL)
- Kad OKU / Kad Pesara (jika berkenaan)
Apa yang perlu dipatuhi?
- Hadir mengikut masa janji temu yang ditetapkan
- Pendaftaran dibuka 30 minit sebelum waktu janji temu
Kerjasama anda amat dihargai dalam membantu kami memberikan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti.
Terima kasih.


