my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Jabatan Ortopedik

Jabatan Ortopedik

Carta Organisasi Jabatan Ortopedik Hospital Seri Manjung

Pengenalan

Perkhidmatan kepakaran Ortopedik & Traumatologi telah dimulakan dengan Pakar Lawatan (Dr. Vejayan) dari Hospital Angkatan Tentera Lumut dengan klinik pertama pada 14 Januari 1999. Perkhidmatan ini telah beroperasi dengan sepenuhnya dengan penempatan Pakar Bedah Ortopedik Dr. Suressh Kumar pada November 2003. Bermula 1 Ogos 2014 jabatan ini diambilalih oleh Dr. Saravanan A/L Shanmugam sebagai ketua jabatan yang dibantu oleh 3 orang pakar. Jabatan ini memberikan perkhidmatan kepakaran meliputi kawasan-kawasan di Daerah Manjung khususnya, juga merupakan pusat rujukan Hospital Changkat Melintang, Klinik Kesihatan Pangkor, Klinik Kesihatan Seri Iskandar, hospital-hospital swasta dan klinik-klinik swasta.

Visi

Mewujudkan perkhidmatan perubatan dan pembedahan ortopedik yang cekap dan mencapai semua KPI dan HPIA yang ditetapkan dengan jayanya.

Misi

  • Memberi rawatan dan pembedahan yang berkualiti tinggi dan selamat dengan mengamalkan profesionalisme, kerja berpasukan dan bersikap mesra pelangan.
  • Melatih anggota-anggota yang cekap serta berkomitmen tinggi dan menggunakan teknologi yang bersesuaian dalam persekitaran kerja yang selamat.

Objektif

  • Memberi perkhidmatan rawatan dan pembedahan yang terbaik.
  • Menjadi pusat rujukan untuk daerah Manjung.
  • Menggalakkan pendidikan lepasan ijazah dan pendidikan perubatan yang berterusan.
  •  

 Piagam Pelanggan Klinik Pakar Ortopedik

Kami berjanji untuk memberika perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

  1. Pelanggan akan diberikan rawatan yang sewajarnya dengan CEKAP, TEPAT dan SELAMAT.
  2. Pelanggan akan dilayan dengan mesra, bersopan santun dan prihatin.
  3. Perkhidmatan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran dan keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan OKU.
  4. Setiap pelanggan yang dirujuk dari jabatan atau lain-lain institusi kesihatan akan diberi tarikh temujanji yang tepat dan sesuai terus menerus semasa dirujuk.
  5. Setiap pelanggan akan dirawat mengikut tarikh temujanji yang ditetap’
  6. Kerahsian maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan adalah dijamin.
  7. Pelanggan akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam masa 75 minit dari masa temujanji mengikut sistem blok.
  8. Setiap pelanggan akan diberi maklumat dan penjelasan mengenai penyakit dan rawatan.
  9. Kemudahan dan persekitara yang bersih, selesa dan selamat disediakan.
  10. Segala maklumbalas dan cadangan boleh dibuat melalui:
  • Peti cadangan
  • Perjumpaan / telefon Pegawai Perubatan disambungan 6744

Piagam Pelanggan Wad Ortopedik

Kami berjanji untuk memberika perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

  1. Pelanggan akan diberikan rawatan yang sewajarnya dengan CEKAP, TEPAT dan SELAMAT.
  2. Setiap pelanggan / waris akan diberi orientasi pada hari kemasukan.
  3. Setiap pelanggan akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam masa 60 minit selepas masuk wad.
  4. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit, perawatan dan pendidikan kesihatan.
  5. Kerahsian maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan adalah dijamin.
  6. Kemudahan dan persekitara yang bersih, selesa dan selamat disediakan.
  7. Segala maklumbalas dan cadangan boleh dibuat melalui:
  • Peti cadangan
  • Perjumpaan / telefon denggan Ketua Jururawat
  • Sambungan 6821/6823

Skop Perkhidmatan

  • Klinik Pakar Ortopedik
  • Klinik Spinal
  • Klinik Pakar Pediatrik Ortopedik
  • Klinik lawatan di Hospital Changkat Melintang dan Klinik Kesihatan Pangkor
  • Menyediakan fasiliti untuk assessment, diagnosis, rawatan, penjagaan perawatan dan rehabilitasi untuk pesakit dalam.
  • Menjalankan pembedahan Ortopedik & Traumatologi kepada pesakit.
  • Memberi khidmat rawatan dan pembedahan 24 jam bagi semua kes kecemasan.
  • Memberikan perkhidmatan pendidikan pesakit.
  • Menyediakan laporan perubatan pesakit.
  • Jemaah Perkeso.
  • Mengendalikan program latihan / kursus untuk anggota jabatan dan warga Hospital Seri Manjung.

Jenis-jenis Pembedahan Otopedik yang dijalankan di Hospital Seri Manjung:

  • Pembedahan major dan minor bagi semua kes trauma
  • Pembedahan ortopedik am
  • Pembedahan spinal
  • Pembedahan sport injuries
  • Pembedahan arthroplasty
  • Day Care Surgery
  • Pembedahan pediatrik ortopedik am

  JADUAL HARIAN KLINIK ORTHOPEDIK HOSPITAL SERI MANJUNG

HARI

KLINIK

MASA

 

ISNIN

PASS OVER

MO TEACHING

WARD ROUND

OPERATION

HO TEACHING

WARD WORK / TEACHING

7.30AM

8.30AM

9.00AM

8.00AM – 5.00PM

11.00AM

2.00PM – 5.00PM

SELASA

PASS OVER

WARD ROUND

KLINIK PAKAR

PRE OP ASSESSMENT / INTRA ARTICULAR INJECTION /

KERJA – KERJA KLINIK YANG PERLU DISELESAIKAN

7.30AM

8.30AM

8.00AM – 1.00PM

2.00PM – 5.00PM 

RABU

PASS OVER

WARD ROUND

OPERATION

KLINIK PAKAR

KLINIK PEADS ORTHOPEDIC (2 bulan sekali)

WARD WORK / TEACHING

7.30AM

8.30AM

8.00AM – 5.00PM

8.00AM – 1.00PM

9.00AM – 1.00PM

2.00PM – 5.00PM

KHAMIS

PASS OVER

WARD ROUND

KLINIK PAKAR

PRE OP ASSESSMENT / INTRA ARTICULAR INJECTION /

KERJA – KERJA KLINIK YANG PERLU DISELESAIKAN

CENSUS

7.30AM

8.30AM

8.00AM – 1.00PM

2.00PM – 5.00PM 

3.00PM

JUMAAT

PASS OVER

OPERATION

WARD ROUND

KLINIK PAKAR

KLINIK LAWATAN DI

K.K PANGKOR – hari Jumaat minggu pertama

HOSP. CHANGKAT MELINTANG - hari Jumaat minggu ke-3

WARD WORK / TEACHING

7.30AM

8.00AM – 5.00PM

8.30AM

8.00AM – 12.15AM

8.00AM – 12.15PM

8.00AM – 12.15PM

2.45PM – 5.00PM

googlemap1

HOSPITAL SERI MANJUNG
32040 Seri Manjung
Perak Darul Ridzuan

  05-6896600
   hsmanjung@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

059438
Today: 26
Total: 59,438

Tarikh Kemaskini

  • 12 April 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video