my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Jabatan Pesakit Luar

Jabatan Pesakit Luar

OBJEKTIF
• Memberi perkhidmatan pemeriksaan dan rawatan kepada pesakit luar secara Professional,berkesan,tepat dan cekap.
• Mengutamakan layanan mesra kepada pesakit semasa bertugas.
• Mendaftar dan merekod data-data pesakit ke sistem hospital.

PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra,penyayang dan berkualiti :

  1. Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar dan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran dan atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanakkanak ( Kurang dari 1 tahun ), pesakit berkerusi roda, ibu hamil, warga emas ( 80 tahun ke atas ) dan orang kurang upaya (OKU ).
  2. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.
  3. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah terjamin.
  4. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan. 
  5. Setiap pelanggan yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di Klinik ini, akan dirujuk ke Klinik Pakar.
  6. Segala maklum balas / cadangan boleh dibuat melalui :
    - Peti cadangan.
    - Berjumpa atau menghubungi Penyelia Jabatan ditalian: 05-6896670

FUNGSI-FUNGSI UTAMA BAGI JABATAN PESAKIT LUAR
i. Membuat pemeriksaan saringan ke atas pesakit dan mencatatkan sejarah penyakit
ii. Memeriksa, mendiagnos dan merawat penyakit serta melakukan prosedur diagnostik dan terapeutik yang mudah bila perlu
iii. Memberi kaunseling/pendidikan kesihatan kepada pesakit dan memberi rawatan pesakit luar
iv. Merujuk kes ke wad/ klinik pakar sekiranya didapati pesakit memerlukan rawatan lanjutan
v. Melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas pelanggan bila diminta
vi. Merujuk kes ke unit kecemasan sekiranya didapati pesakit berada dalam keadaan kecemasan
vii. Memeriksa dan melakukan “Follow-Up” kes-kes kronik yang mendapat rawatan di Jabatan Pesakit Luar
viii. Melakukan pemeriksaan kesihatan untuk pelajar, penjawat awam, orang awam dan bakal haji
ix. Pengesahan penagih dadah bersama Polis dan AADK

Waktu Operasi (Kaunter)

  • Isnin Hingga Khamis  - 7.30 - 12.30 & 2.00 - 4.30 petang 
  • Jumaat                     - 7.30 - 11.45 & 2.45 - 4.30 petang 
  • Sabtu & Ahad & Hari Cuti Umum  - Tutup

Waktu Rawatan & Konsultasi 

  • Isnin Hingga Khamis  - 8.00 - 1.00 & 2.00 - 5.00 petang 
  • Jumaat                     - 8.00 - 12.15 & 2.45 - 5.00 petang 
  • Sabtu & Ahad & Hari Cuti Umum  - Tutup

 


 Cetak  

googlemap1

HOSPITAL SERI MANJUNG
32040 Seri Manjung
Perak Darul Ridzuan

  05-6896600
   hsmanjung@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

059549
Today: 92
Total: 59,549

Tarikh Kemaskini

  • 12 April 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video