| |
Ahli Lembaga Pelawat
Peranan Lembaga Pelawat Hospital
Peranan Lembaga Pelawat adalah seperti berikut:
a. Penghubung Antara Hospital dengan Komuniti
i) Lembaga Pelawat Hospital merupakan ejen penghubung antara hospital dengan komuniti bagi menyebar luas maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh hospital; dan
ii) Lembaga Pelawat Hospital bertanggungjawab menjelaskan isu berkaitan sistem penyampaian perkhidmatan hospital kepada orang awam dari semasa ke semasa bagi menjaga nama dan imej hospital serta mengelakkan tanggapan negatif dalam kalangan komuniti.
b. Mengadakan Lawatan ke Hospital
Lembaga Pelawat Hospital perlu mengadakan lawatan ke hospital bagi mengenal pasti dan menangani cabaran yang dihadapi oleh hospital meliputi aspek penyampaian perkhidmatan dan kebajikan pesakit.
c. Menyumbang Perkhidmatan Kebajikan Kepada Pesakit dan Hospital
i) Lembaga Pelawat Hospital juga boleh menyelaras bantuan kewangan dan sumbangan bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan di hospital seperti kemudahan di lobi hospital dan tempat menunggu pesakit;
ii) Lembaga Pelawat Hospital boleh menyumbang sebarang bentuk perkhidmatan kebajikan kepada pesakit dan hospital seperti menyediakan bahan bacaan dan menghadiahkan pakaian untuk pesakit dan barang permainan untuk pesakit kanak-kanak; dan
iii) sebarang bantuan kewangan atau sumbangan daripada pihak luar perlu mematuhi prosedur yang berkuat kuasa.
d. Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Hospital
(i) Lembaga Pelawat Hospital hendaklah melibatkan diri dalam aktiviti hospital dengan komuniti seperti kempen menderma darah dan kempen kesedaran penyakit; dan
(ii) Lembaga Pelawat Hospital boleh merangka aktiviti-aktiviti yang bersesuaian untuk membantu hospital menjayakan program-program yang dirancang.
UNTUK MAKLUMAN
Segala urusan mendapatkan rawatan di Hospital Seri Manjung perlu dibuat sendiri oleh pesakit atau keluarga pesakit dengan pihak Hospital. Ahli Lembaga Pelawat tidak menguruskan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Hospital.


