my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Pengurusan Maklumat

Pengenalan

Unit Pengurusan Maklumat, Hospital Seri Manjung telah diwujudkan pada hujung bulan April tahun 2008 untuk membantu dalam merancang, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem serta program yang berkaitan dengan Sistem Maklumat di Hospital Seri Manjung.

Beberapa aplikasi dan rangkaian setempat telah disambung kepada talian yang telah dibekalkan oleh pihak kementerian iaitu talian MyGov*NEt. Beberapa program diperingkat Hospital seperti aplikasi Sistem HRMIS, e-perolehan,eTerimaan, MyHDW dan eGL turut dilaksanakan. Capaian aplikasi-aplikasi tersebut adalah melalui talian yang telah dibekalkan oleh pihak KKM dan JDN. Selain daripada itu aplikasi dalaman juga dipantau dan diselia oleh unit ini seperti PhIS, eHadir, LIS, iLab, BBIS, Laporan Radiologi dan MyCPD.

Skop Perkhidmatan

  • Menyediakan dan menyelenggara infrastruktur rangkaian di hospital
  • Menguruskan keperluan teknikal sistem aplikasi elektronik seperti 1GFMAS, ePerolehan, eTerimaan, HRMIS, eGL, MyCPD, MyHDW dan lain-lain yang diarahkan mengikut keperluan fasiliti.
  • Menguruskan keperluan teknikal bagi system aplikasi dalaman iaitu PhIS, eHadir, LIS, iLab, BBIS, Laporan Radiologi dan synapes.
  • Memberi khidmat nasihat dan menganalisa spesifikasi bagi pembelian peralatan serta perisian ICT.
  • Mengendalikan proses pelupusan aset peralatan ICT.
  • Memberi khidmat latihan, teknikal dari masa ke semasa apabila diperlukan

  

Aktiviti

Unit Pengurusan Maklumat bertanggungjawab memberi perkhidmatan sokongan kepada warga hospital melalui aktiviti-aktiviti berikut :

 1- Perancangan Dan Pembangunan Infrastruktur ICT

 2- Khidmat Sokongan Sistem Aplikasi Kerajaan Elektronik (EG)

 3- Khidmat Sokongan Teknikal / Penyenggaraan ICT (Perisian dan Perkakasan)

 4- Penyelenggaraan Sistem Aplikasi hospital

 5- Khidmat nasihat dan rundingcara perolehan produk ICT

 6- Pembangunan Laman Web Rasmi Hospital (https://jknperak.moh.gov.my/hsmanjung)

 7- Infrastruktur rangkaian, internet dan keselamatan ICT

Waktu Operasi

  • Isnin Hingga Khamis  - 8.00 - 5.00 petang 
    • Rehat (1.00 - 2.00 petang)
  • Jumaat                     - 8.00 - 5.00 petang 
    • Rehat (12.15 tengahari -2.45 petang)
  • Sabtu & Ahad & Hari Cuti Umum  - Tutup

googlemap1

HOSPITAL SERI MANJUNG
32040 Seri Manjung
Perak Darul Ridzuan

  05-6896600
   hsmanjung@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

059549
Today: 92
Total: 59,549

Tarikh Kemaskini

  • 12 April 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video