my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Kualiti & Inovasi

UNIT KUALITI

PENGENALAN

Unit Kualiti, Hospital Seri Manjung mula diwujudkan secara rasmi pada 1 ogos 2003. Kewujudan unit ini adalah atas saranan dan keperluan dari bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui pekeliling bil (35) dlm KKM bertarikh 30 januari 2002, yang menyatakan setiap hospital utama dikehendaki menubuhkan Unit Sokongan Sekretariat Kualiti.

Unit Kualiti, Hospital Seri Manjung adalah berfungsi sebagai nadi penggerak inisiatif peningkatan kualiti di Hospital Seri Manjung, melalui penubuhan jawatankuasa berkaitan aktiviti peningkatan kualiti. Agenda perubahan dan penambahbaikan berterusan dapat dilaksanakan secara telus dan harmoni. Antara inisiatif peningkatan kualiti yang terdapat di Hospital Seri Manjung adalah Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Patient Safety Goals dan Incident Reporting, Program Akreditasi, Program Quality Assurance, Lean Healthcare, Hospital Kluster, Inovasi, Garis panduan amalan klinikal (CPG), Pengurusan Aduan dan Medicolegal, Credentialing & Privileging, Mortaliti dan Morbiditi, Budaya Korporat dan banyak lagi aktiviti peningkatan kualiti yang lain.

Inisiatif peningkatan kualiti tersebut digerakkan mengikut jawatankuasa yang ditubuhkan dan dilantik. Penyelarasan dan status kemajuan aktiviti peningkatan kualiti akan dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kualiti dan Jawatankuasa Inisiatif Kualiti tersebut mengikut jadual mesyuarat yang ditetapkan.

 VISI

Kami akan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan bertumpukan pesakit melalui kecemerlangan dalam penyelidikan klinikal, latihan, pendidikan, inovasi dan teknologi bersesuaian dengan kakitangan yang prihatin, penyayang, komited dan professional.

MISI

Misi Unit Kualiti ialah mewujudkan penglibatan dan penyertaan anggota Hospital Seri Manjung dalam mengambil langkah-langkah positif bagi meningkatkan lagi dan mengekalkan kualiti dalam perkhidmatan.

PIAGAM PELANGGAN

Unit Kualiti menyediakan perkhidmatan sokongan kepada aktiviti-aktiviti kualiti yang dijalankan oleh Hospital ini. Perkhidmatan yang disediakan adalah mengikut keutamaan, kepentingan, permintaan dan impak terhadap hasil jagaan kesihatan.

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Unit Kualiti, Hospital Seri Manjung sebagai sumber rujukan dan aspirasi dalam perancangan, strategi, dan pelaksanaan inisiatif kualiti.
  2. Memantau dan menggerakkan jawatankuasa berkaitan kualiti agar mencapai objektif dan sasaran yang telah dirancang dan ditetapkan.
  3. Memberi khidmat nasihat kepada kakitangan hospital tentang cadangan penambahbaikan kualiti yang boleh dilaksanakan diperingkat lapangan.
  4. Menjalankan audit pemantauan tentang inisiatif kualiti bermula dari audit perancangan, audit pematuhan peraturan, hingga kepada audit keberkesanan tindakan penambahbaikan.
  5. Mengendali dan penguruskan urusan berkaitan pengauditan dan survey yang dijalankan sama ada dalaman atau luaran.
  6. Unit Kualiti sebagai tempat penyimpanan data hospital yang mampan dan terkini.
  7. Membantu pihak Hospital dalam analisa data tertentu untuk tujuan penambahbaikan diperingkat Hospital.
  8. Menganjurkan mesyuarat berkaitan inisiatif kualiti mengikut takwim perancangan.
  9. Menyediakan laporan tertentu terutama laporan kualiti untuk dimajukan ke pihak Jabatan Kesihatan Negeri dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia.

WAKTU OPERASI

Isnin Hingga Khamis  - 8.00 - 5.00 petang

Rehat (1.00 - 2.00 petang)

Jumaat  - 8.00 - 5.00 petang

Rehat (12.15 tengahari -2.45 petang)

Sabtu & Ahad & Hari Cuti Umum  - Tutup

googlemap1

HOSPITAL SERI MANJUNG
32040 Seri Manjung
Perak Darul Ridzuan

  05-6896600
   hsmanjung@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

059546
Today: 89
Total: 59,546

Tarikh Kemaskini

  • 12 April 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video