my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Jabatan Obstetrik & Ginekologi

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G)

Pengenalan

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) berfungsi dan beroperasi untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang, professional serta berteknologi sesuai bagi melahirkan komuniti wanita dan keluarga yang sihat.

Jabatan ini terdiri daripada wad 1 (antenatal), wad 2 (post natal), Dewan Bersalin dan Klinik Pakar O&G.Jabatan ini menerima semua jenis kes ibu yang hendak bersalin dan yang mempunyai masalah semasa mengandung serta masalah lain yang berkaitan dengan sakit puan.Jabatan ini juga menerima kes-kes yang dirujuk dari jabatan O&G,Klinik Kesihatan Kerajaan dan klinik swasta, hospital lain contohnya dari Hospital Changkat Melintang, Hospital Pulau Pangkor dan Hospital Angkatan Tentera, Hospital Swasta dan Pusat Maternity swasta.

Klinik Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) merupakan salah satu klinik pakar yang memberi perkhidmatan pesakit luar dengan rujukan dari luar dan dalam hospital.

 Skop Perkhidmatan

1-      Pesakit Dalam

Memberi rawatan kepada semua pesakit yang memerlukan perkhidmatan dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh KKM.

2-      Dewan Bersalin

Memberi rawatan kepada ibu-ibu dalam proses melahirkan anak.

3-      Klinik Pakar O&G

  • Klinik Antenatal
  • Klinik Postnatal
  • Klinik Gynae - Onkologi
  • Klinik "Combined medical and Obstetrics"
  • Klinik susulan untuk pesakit-pesakit yang telah discaj dari wad.

4-       EPAU (Early Pregnancy Assestment Unit) iaitu pemeriksaan kepada ibu di awal kandungan yang menghadapi masalah seperti pendarahan atau keguguran.

5-       Ambulatary Care

  • Pemberian ubatan tertentu yang tidak memerlukan kemasukan ke wad.Contohnya ubat Dexamethasone.
  • Pemeriksaan tekanan darah untuk ibu mengandung yang mempunyai darah tinggi.
  • Pemantauan paras gula untuk ibu mengandung yang mempunyai kencing manis.

6-       Ultrasound untuk pesakit dalam dan luar mengikut temujanji

7-       Antenatal class

  • Untuk persediaan ibu-ibu mengandung untuk proses bersalin

Aktiviti / Pencapaian

1-      Sambutan Penyusuan Susu Ibu Peringkat HSM

2-      Neonatal Resuscitation Programme (NRP)

3-      C.M.E /C.N.E

4-      Program Mento Mentee

5-      Kursus Laktasi 20 jam

6-      Nursing Update

googlemap1

HOSPITAL SERI MANJUNG
32040 Seri Manjung
Perak Darul Ridzuan

  05-6896600
   hsmanjung@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

059546
Today: 89
Total: 59,546

Tarikh Kemaskini

  • 12 April 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video