my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

HOSPITAL SERI MANJUNG PERKUKUH PENDIGITALAN KESIHATAN MELALUI LAWATAN PENILAIAN PELAKSANAAN MEDICAL PROGRAMME INFORMATION SYSTEM (MPIS)

Hospital Seri Manjung berbesar hati mengalu-alukan kehadiran lawatan daripada Bahagian Perkembangan Perubatan dan Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Kesihatan Malaysia, bersama Bahagian Perubatan serta Unit Pengurusan Maklumat, Jabatan Kesihatan Negeri Perak ke Hospital Seri Manjung.

Kehadiran delegasi Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah diketuai oleh Dr. Mohamad Anas Putra bin Mohamed Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Perkhidmatan Pengurusan Hospital, Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM. Manakala Bahagian Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Perak pula diwakili oleh Dr. Nor Sahliza binti Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Perubatan), Bahagian Perubatan, JKN Perak.

Lawatan ini bertujuan menilai ketersediaan Hospital Seri Manjung dalam pelaksanaan Medical Programme Information System (MPIS) Modul Klinikal melalui penilaian kesiapsiagaan infrastruktur ICT serta pengguna dalam kalangan warga kerja hospital.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Hospital Seri Manjung, yang merakamkan penghargaan atas sokongan KKM dan JKN Perak terhadap pelaksanaan MPIS.

Sesi diteruskan dengan taklimat pelaksanaan MPIS Modul Klinikal oleh Timbalan Pengarah (Perubatan) II, Hospital Seri Manjung. Pembentangan menjelaskan pelaksanaan sistem yang bermula pada 29 Disember 2025 melibatkan modul pendaftaran dan discaj pesakit dalam, serta diperluaskan kepada modul rawatan harian, kecemasan dan trauma, serta klinik pakar dan klinik pesakit luar. Pelaksanaan dokumentasi discharge diagnosis turut telah dimulakan di Wad Pembedahan Am dan Wad Ortopedik.

Seterusnya, lawatan diteruskan ke Wad 6 (Pembedahan), Jabatan Kecemasan dan Trauma serta Kaunter Pendaftaran Berpusat Klinik Pakar. Sesi lawatan berjalan lancar dengan sesi temu bual bersama kakitangan bertugas yang memberikan maklum balas positif terhadap pelaksanaan MPIS.

Sesi penutupan diadakan dengan perbincangan keperluan serta agihan perkakasan ICT bagi memperkukuh pelaksanaan MPIS di Hospital Seri Manjung. Pihak hospital merakamkan penghargaan atas sokongan yang diberikan oleh KKM dan JKN Perak.

Hospital Seri Manjung kekal komited dalam menyokong aspirasi Kementerian Kesihatan Malaysia ke arah pendigitalan perkhidmatan kesihatan melalui pelaksanaan Medical Programme Information System (MPIS).

Lawatan Penilaian Pelaksanaan MPIS

googlemap1

HOSPITAL SERI MANJUNG
32040 Seri Manjung
Perak Darul Ridzuan

  05-6896600
   hsmanjung@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

060378
Today: 92
Total: 60,378

Tarikh Kemaskini

  • 26 April 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video