Hospital Seri Manjung dengan penuh rasa tanggungjawab dan komitmen terhadap kesejahteraan warga kerjanya, dengan sukacitanya mengumumkan penubuhan Klinik Sihat, sebuah ๐ถ๐ป๐ถ๐๐ถ๐ฎ๐๐ถ๐ณ ๐ธ๐ต๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฑ๐ถ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ต๐ถ๐ฑ๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฟ๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ธ๐ต๐๐๐๐ ๐๐ป๐๐๐ธ ๐๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ ๐ธ๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ ๐๐ผ๐๐ฝ๐ถ๐๐ฎ๐น ๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ ๐ฎ๐ป๐ท๐๐ป๐ด.
Klinik Sihat telah mula beroperasi pada 5 Januari 2026 (Isnin) dan berperanan sebagai pusat rawatan awal bagi kakitangan HSM kategori Zon Hijau, sejajar dengan usaha berterusan hospital dalam memelihara kesihatan warga kerja serta memastikan kelangsungan perkhidmatan hospital sentiasa berada pada tahap terbaik.
Klinik ini dioperasikan secara kolaboratif oleh Unit Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan (UKKP), Unit Kualiti, Unit Kawalan Infeksi dan Unit Casemix, mencerminkan pendekatan menyeluruh dan bersepadu dalam penjagaan kesihatan kakitangan.
Diharapkan penubuhan Klinik Sihat ini bukan sahaja memberi manfaat secara langsung kepada warga Hospital Seri Manjung, malah menjadi pemangkin kepada pembudayaan persekitaran kerja yang lebih sihat, selamat dan produktif demi kesejahteraan bersama.
#hospitalserimanjung #HSM2026 #KlinikSihat #klinikstafhsm



