Polisi Keselamatan Siber (PKS) KKM memperincikan peranan, tanggungjawab, arahan, peraturan, garis panduan, dan amalan yang MESTI DIBACA DAN DIPATUHI oleh pegawai KKM dan pihak ketiga yang memberikan perkhidmatan teknologi maklumat di KKM dalam melindungi aset dan maklumat daripada capaian yang tidak sah, kehilangan atau kebocoran yang membawa kesan yang memudaratkan kepada penyampaian perkhidmatan jagaan kesihatan di Malaysia.


