Hospital Seri Manjung berbesar hati menerima kehadiran kedua-dua pakar ini dan yakin bahawa dengan pengalaman, kepakaran serta komitmen yang dimiliki, mereka mampu menyumbang secara signifikan dalam memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan terutama di Jabatan Oftalmologi dan Jabatan Radiologi.
Diharapkan kepimpinan, idea serta sumbangan yang bakal diberikan dapat membantu meningkatkan tahap keselamatan pesakit, kecekapan operasi serta kualiti rawatan secara berterusan di jabatan masing-masing.
Semoga kehadiran dan sumbangan mereka terus membawa Hospital Seri Manjung ke arah kecemerlangan. Selamat menjalankan amanah dan semoga terus cemerlang.



