my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SN NORSARLIZA MAT SARI, PENERIMA ANUGERAH PENGURUS PUSAT PENYELIDIKAN KLINIKAL CRC 2025

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada SN Norsarlizna binti Mat Sari daripada Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC), Hospital Seri Manjung atas kejayaan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pengurus Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) 2025.

Lebih membanggakan, ini merupakan kali kedua beliau menerima pengiktirafan berprestij tersebut selepas kejayaan pertama pada tahun 2022, satu pencapaian yang membuktikan dedikasi, komitmen dan kecemerlangan berterusan dalam bidang penyelidikan klinikal.

Anugerah ini telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Mantan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan YBhg. Dato’ Dr. Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Teknikal), Kementerian Kesihatan Malaysia, sempena ICR Research Awards 2025 semasa sesi penutup 18th National Conference for Clinical Research (NCCR) anjuran Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), yang melibatkan penyertaan daripada 37 buah CRC seluruh Malaysia.

Pengiktirafan ini diberikan atas jasa dan sumbangan signifikan beliau dalam memastikan pengoperasian CRC yang efektif serta memperkukuhkan budaya penyelidikan klinikal yang berkualiti. Kejayaan ini turut mencerminkan kepimpinan dan komitmen beliau dalam menggalas amanah dengan cemerlang.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Hospital Seri Manjung untuk terus melakar kecemerlangan dan memperkasakan budaya penyelidikan demi perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti.


Anugerah Pengurus Pusat Penyelidikan Klinikal CRC 2025

googlemap1

HOSPITAL SERI MANJUNG
32040 Seri Manjung
Perak Darul Ridzuan

  05-6896600
   hsmanjung@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

063065
Today: 72
Total: 63,065

Tarikh Kemaskini

  • 03 Jun 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video