Program Bulan Kesedaran Kanser Mulut telah berjaya dilaksanakan sebagai usaha meningkatkan kesedaran orang awam terhadap kepentingan pengesanan awal kanser mulut. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Gridhari Nath Gingaiah, Pengarah Hospital Seri Manjung.
Turut hadir memeriahkan program ialah:
- YBrs. Dr. Khairunnisa binti Makmon, Pakar Perubatan dan Kesihatan Awam, Pejabat Kesihatan Daerah Manjung
- YBrs. Dr. Herni Suyanti binti Jamal, Timbalan Pegawai Pergigian Daerah Manjung
- YBrs. En. Mudzaffar Shah bin Mohammed Rajamal, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital
Kehadiran para tetamu dalam program ini telah mencerminkan kerjasama erat antara agensi dalam memperkukuh promosi kesihatan oral di peringkat komuniti.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada:
- Ketua Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial, Dr. Wong Ling Vuan
- Pengarah Program Bulan Kesedaran Kanser Mulut, Dr. Najwa binti Shaharudin
atas komitmen dan dedikasi dalam menjayakan program ini. Semoga usaha berterusan ini dapat memberi impak positif dalam pencegahan serta pengesanan awal kanser mulut demi kesejahteraan masyarakat.


