my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH HOSPITAL KE IBU PEJABAT POLIS DAERAH MANJUNG

YBrs. Dr. Gridhari Nath Gingaiah, Pengarah Hospital Seri Manjung telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, , disambut oleh YDH ACP Hasbullah bin Abd Rahman, Ketua Polis Daerah Manjung. Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik dan kerjasama antara agensi bagi memastikan kesejahteraan serta keselamatan masyarakat.

Kunjungan ini menjadi platform perbincangan dua hala melibatkan aspek keselamatan fasiliti kesihatan, pengurusan kes kecemasan, serta koordinasi tindakan bersama dalam situasi bencana, insiden keselamatan dan keperluan sokongan antara agensi.

YBrs. Dr. Gridhari Nath Gingaiah merakamkan penghargaan atas kerjasama erat dan sokongan berterusan pihak IPD Manjung, sambil menzahirkan komitmen Hospital Seri Manjung untuk terus bekerjasama rapat demi kelancaran penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada komuniti setempat.

Pihak Hospital Seri Manjung dan IPD Manjung sebulat suara memperteguh komitmen untuk terus memperkukuh sinergi strategik demi kepentingan awam, keselamatan petugas dan kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.

Ikuti FB Hospital Seri Manjung

 

googlemap1

HOSPITAL SERI MANJUNG
32040 Seri Manjung
Perak Darul Ridzuan

  05-6896600
   hsmanjung@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

059708
Today: 72
Total: 59,708

Tarikh Kemaskini

  • 12 April 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video