“Menyantuni Pesakit dan Menghargai Petugas”
Hospital Seri Manjung telah menerima kunjungan daripada Yang Berhormat Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi dalam satu program menyantuni pesakit dan anggota yang bertugas sempena Perayaan Tahun Baharu Cina dan bulan Ramadan, yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan prihatin.
Ketibaan beliau telah disambut oleh Dr. Gridhari Nath Gingaiah, Pengarah Hospital Seri Manjung bersama Encik Muzaffar Shah bin Mohammed Rajamal, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) serta barisan pengurusan tertinggi Hospital Seri Manjung. Program ini merupakan salah satu inisiatif bagi mendekati pesakit dan anggota yang bertugas serta menyampaikan sokongan moral kepada mereka.
Sepanjang lawatan, Yang Berhormat Menteri turut meluangkan masa berinteraksi bersama pesakit, anggota dan waris, di samping menyampaikan sumbangan kepada pesakit sebagai tanda keprihatinan beliau. Kehadiran beliau jelas mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan kebajikan anggota hospital dan pesakit sentiasa diberi perhatian.


