my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

LAWATAN PEMBELAJARAN MEDICAL PROGRAMME INFORMATION SYSTEM (MPIS) DI HOSPITAL BATU GAJAH

8 Januari 2026 - Pihak Core Team MPIS, Hospital Seri Manjung telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Hospital Batu Gajah. Tujuan lawatan adalah untuk mempelajari pengoperasian MPIS Modul Pengurusan Pesakit. Lawatan diketuai Oleh Dr Calvin Singh a/l Jeswant Singh, Timbalan Pengarah (Perubatan II), Hospital Seri Manjung, bersama Core Team MPIS terdiri daripada Unit Kualiti, Unit Pengurusan Maklumat, Unit Hasil, dan Unit Rekod Perubatan. Hadir bersama adalah wakil daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma, Jabatan Pesakit Luar, dan Unit Hemodialisis bagi mempelajari modul MPIS bagi Jabatan/Unit masing-masing.

Sesi bermula dengan pembentangan dan perjumpaan bersama Pengarah Hospital Batu Gajah, Dr Jayakumaran A/L Jayabalan dan Champion MPIS dari Hospital Batu Gajah. Pembentangan telah disampaikan oleh Dr M. Senthil Kumaran a/l Muniandi, Penolong Pengarah Perubatan, Hospital Batu Gajah. Seterusnya, sesi diteruskan ke lawatan di unit-unit berkaitan. Unit yang dilawati adalah Jabatan Pesakit Luar, Unit Kecemasan dan Trauma, Unit Hasil, Unit Hemodialisis, Unit Rekod Perubatan, dan Wad-Wad yang menjalankan Modul MPIS.

Pelbagai perkara yang telah dipelajari sepanjang sesi lawatan ini. Pihak Hospital Seri Manjung mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Hospital dan Champion MPIS Hospital Batu Gajah kerana sudi menerima kehadiran Core Team MPIS dan memberi input sepanjang sesi lawatan ini. Hospital Seri Manjung akan sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan antaranya melalui digitalisasi dokumen pesakit selaras dengan pelan strategik Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Ikuti FB Hospital Seri Manjung

googlemap1

HOSPITAL SERI MANJUNG
32040 Seri Manjung
Perak Darul Ridzuan

  05-6896600
   hsmanjung@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

059809
Today: 2
Total: 59,809

Tarikh Kemaskini

  • 12 April 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video