my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

LAWATAN PENILAIAN DAN PEMANTAUAN KEPAKARAN SIG GIE 2026

Pada 09 April 2026, satu Lawatan Penilaian dan Pemantauan Pakar bagi Pelatih Laluan Pantas Special Interest Group Gastrointestinal Endoscopy (SIG GIE) Tahun 2026 telah dilaksanakan oleh Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diwakili oleh Dr Shahanizan Binti Mohd Zin dan Dr Ezaty Dalila Binti Adil.

Lawatan ini turut disertai oleh Jawatankuasa Kecil SIG GIE, iaitu Dr Muhammad Firdaus Bin Md Saleh, Ketua Sub Kepakaran Gastroenterologi dan Hepatologi KKM serta Dr Ng Inn Shan, Pakar Perubatan Dalaman dan Gastroenterologi & Hepatologi, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Delegasi lawatan telah disantuni oleh Pengarah Hospital, Dr Gridhari Nath Gingaiah bersama Timbalan Pengarah Perubatan I serta barisan Pengurusan Hospital.

Antara pengisian utama lawatan adalah penilaian terhadap tiga orang Pakar Perubatan Dalaman Hospital Seri Manjung dalam melaksanakan prosedur OGDS kepada pesakit-pesakit terpilih. Penilaian telah dijalankan di Bilik Endoskopi Hospital yang terletak di bangunan baharu Hospital Seri Manjung. Hasil lawatan amat memberangsangkan, dan secara keseluruhannya menepati kehendak panel penilai.


Ikuti FB Hospital Seri Manjung

googlemap1

HOSPITAL SERI MANJUNG
32040 Seri Manjung
Perak Darul Ridzuan

  05-6896600
   hsmanjung@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

059438
Today: 26
Total: 59,438

Tarikh Kemaskini

  • 12 April 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video