Suasana penuh keberkatan dan keindahan Ramadan menyelubungi Hospital Seri Manjung semalam menerusi penganjuran Majlis Iftar Warga Hospital Seri Manjung, anjuran Jawatankuasa Surau Hospital Seri Manjung bersama Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah.
Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Yasin yang mengalunkan ayat-ayat suci penuh ketenangan, sekali gus menyemarakkan lagi penghayatan Ramadan dalam kalangan warga kerja. Program kemudiannya diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti iftar bersama dalam suasana santai, harmoni dan penuh keakraban yang menyatukan seluruh warga Hospital Seri Manjung tanpa mengira jawatan dan peranan.
Keindahan malam Ramadan terus dirasai apabila warga hospital bersama-sama menunaikan solat Terawih berjemaah, sekali gus mengimarahkan rumah Allah dengan penuh khusyuk serta menghidupkan semangat kebersamaan dan ukhuwah yang begitu bermakna.
Ikuti FB Hospital Seri Manjung


