Program sumbangan “Rezeki Dikongsi, Ramadan Diberkati” telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya anjuran bersama Jabatan Kerja Sosial Perubatan dan Jawatankuasa Surau Hospital Seri Manjung (HSM). Program ini bertujuan untuk meringankan beban golongan yang memerlukan serta menyemarakkan semangat kasih sayang dan kepedulian dalam kalangan warga hospital pada bulan Ramadan yang mulia.
Sumbangan program telah disampaikan oleh Dr. Gridhari Nath Gingaiah, Pengarah Hospital Seri Manjung, kepada penerima yang terdiri daripada pesakit kurang berkemampuan, anak yatim dalam kalangan staf hospital, serta komuniti setempat yang dikenalpasti melalui Jabatan Kerja Sosial Perubatan.
Program ini turut mendapat kerjasama aktif daripada pegawai dan kakitangan hospital yang menyumbang tenaga dan sumber bagi memastikan sumbangan dapat sampai kepada golongan sasaran dengan sempurna. Aktiviti ini bukan sahaja meringankan beban mereka yang memerlukan, tetapi juga menyemarakkan nilai murni, keharmonian dan ukhuwah dalam kalangan warga Hospital Seri Manjung.
Ikuti FB Hospital Seri Manjung


