my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kualiti Bil. 1/2026

Hospital Seri Manjung: Komited Kepada Kualiti & Keselamatan Pesakit! 

14 Januari 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kualiti Bil. 1/2026 telah berlangsung di Dewan Mutiara, Hospital Seri Manjung, dipengerusikan oleh YBrs Dr. Gridhari Nath A/L Gingaiah, Pengarah Hospital. Mesyuarat ini dihadiri oleh Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan, dan Ketua Unit.

Mesyuarat membincangkan pencapaian cemerlang inisiatif kualiti sepanjang 2025 dan menetapkan hala tuju strategik 2026 bagi memastikan setiap perkhidmatan hospital terus selamat, berkesan, inovatif, dan memuaskan pesakit.

Antara fokus utama inisiatif kualiti:

✅ Petunjuk Prestasi Utama (KPI) & Malaysian Patient Safety Goals (MPSG)

✅ Akreditasi & Performance Indicator MSQH & Hospital Bebas Kesakitan

✅ Pengurusan Risiko, Audit Klinikal, & Etika Perubatan

✅ Inovasi, Lean Healthcare, & Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK)

✅ Pengurusan Polisi & Perancangan Perkembangan Perkhidmatan Klinikal

✅ Kajian Kepuasan Pelanggan (PSQ-18) & Hospital Kluster

Mesyuarat ini menegaskan bahawa semua inisiatif kualiti mesti dipantau dan diamalkan di peringkat Jabatan dan Unit, selari dengan komitmen Hospital Seri Manjung dalam memperkukuh budaya keselamatan pesakit dan kecemerlangan penjagaan kesihatan.

Dengan semangat #QualityForAll, HSM terus memimpin transformasi kualiti dan keselamatan pesakit melalui inovasi, tadbir urus klinikal yang kukuh, dan perkhidmatan yang menyeluruh. 💙💛💚❤️

#HSM #PDCA #ExcellenceInCare #PatientSafetyFirst

 

Ikuti FB Hospital Seri Manjung

 

googlemap1

HOSPITAL SERI MANJUNG
32040 Seri Manjung
Perak Darul Ridzuan

  05-6896600
   hsmanjung@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

065239
Today: 47
Total: 65,239

Tarikh Kemaskini

  • 31 Julai 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video