Pada hari ini, Mesyuarat Pengendalian Kes Penderaan Kanak-Kanak Hospital Seri Manjung telah berjaya dilaksanakan sebagai satu platform penting bagi menyelaras pengurusan kes serta memperkukuh kerjasama rentas agensi dalam menangani isu yang melibatkan keselamatan dan kebajikan golongan rentan.
Mesyuarat ini telah melibatkan penyertaan pelbagai agensi berkaitan, iaitu:
- Pakar Perubatan Keluarga (FMS), Pejabat Kesihatan Daerah Manjung
- Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah
- Hospital Angkatan Tentera Lumut
- Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung
- Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah
- Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Manjung
- Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Perak Tengah
- Wakil-wakil HSM
Mesyuarat ini bukan sekadar sesi perbincangan kes, tetapi merupakan ruang kolaboratif yang memberi penekanan kepada penilaian menyeluruh, perkongsian tanggungjawab serta pemantapan peranan setiap agensi dalam memastikan tindakan yang lebih tersusun, bersepadu dan berfokus kepada kepentingan mangsa.
Sesi pembentangan oleh Dr. Intan Amiza binti Mohd Amin, Pakar Pediatrik Hospital Seri Manjung dan Dr. Nurul Insyira binti Ahmad Din, Pegawai Perubatan Pediatrik telah memberi gambaran yang jelas mengenai proses pengendalian kes, cabaran di lapangan serta keperluan memperkukuh koordinasi antara agensi bagi meningkatkan keberkesanan intervensi dan perlindungan.
Komitmen, keterbukaan dan profesionalisme yang ditunjukkan oleh semua agensi terlibat amat dihargai. Dapatan dan pengajaran daripada mesyuarat ini akan diterjemahkan kepada tindakan susulan yang lebih konkrit bagi memastikan aspek keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan mangsa sentiasa menjadi keutamaan bersama.
ikuti FB Hospital Seri Manjung


